Ahad, 26 Disember 2021 | 11:43am
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau keadaan kawasan yang terjejas akibat banjir pada Program Gotong Royong Keluarga Malaysia di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Perdana Menteri lawat kawasan terjejas banjir di Hulu Langat

HULU LANGAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membuat tinjauan kawasan terjejas banjir di sekitar Hulu Langat.

Tiba jam 9.50 pagi tadi, beliau meninjau rumah penduduk dan khabar mereka yang masih lagi bertungkus lumus membersihkan kediaman mereka yang terjejas banjir, Sabtu lalu.

Perdana Menteri kemudian meninjau pembersihan surau Al Munir yang difahamkan menjadi 'penyelamat' penduduk yang menaiki bumbung surau itu dalam kejadian pada Sabtu itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau keadaan kawasan yang terjejas akibat banjir pada Program Gotong Royong Keluarga Malaysia di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. - Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD

Perdana Menteri seterusnya ke beberapa lokasi melihat proses gotong-royong pembersihan kawasan taman itu oleh sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pasukan keselamatan terbabit.

Beliau turut melawat kawasan Kampung Dusun Tua yang turut terjejas.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. – BERNAMA

Berita Harian X