Sabtu, 25 Disember 2021 | 7:44pm
Suasana pascabanjir di Taman Sri Muda, Alam hari ini. Penduduk mula membersihkan kediaman mereka dibantu sukarelawan. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

Pembersihan pascabanjir Klang, Shah Alam capai 50 peratus

SHAH ALAM: Proses pembersihan pascabanjir di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam sudah mencapai tahap 50 peratus.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di Twitter rasminya hari ini, memaklumkan susulan itu juga, beliau telah mengarahkan supaya proses berkenaan disegerakan terutama bagi kawasan yang belum mencapai tahap memuaskan.

Suasana pascabanjir di Taman Sri Muda, Alam hari ini. Penduduk mula membersihkan kediaman mereka dibantu sukarelawan. - NSTP/ASYRAF HAMZAH
Suasana pascabanjir di Taman Sri Muda, Alam hari ini. Penduduk mula membersihkan kediaman mereka dibantu sukarelawan. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

"Kita (kerajaan negeri) telah berhubung dengn beberapa pihak untuk tambah jumlah lori (untuk proses pembersihan). Saya juga memberi arahan agar proses kerjasama dengan sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) dipermudahkan.

Suasana pascabanjir di Taman Sri Muda, Alam hari ini. Penduduk mula membersihkan kediaman mereka dibantu sukarelawan. - NSTP/ASYRAF HAMZAH
Suasana pascabanjir di Taman Sri Muda, Alam hari ini. Penduduk mula membersihkan kediaman mereka dibantu sukarelawan. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

"Kerajaan negeri ingin selaraskan agar koordinasi lebih tersusun bagi mengelakkan pembaziran dan koordinasi ini juga penting bagi tujuan keselamatan para sukarelawan," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X