Sabtu, 25 Disember 2021 | 5:49pm
Limpahan air di kebanyakan kawasan kampung Tersang, Kota Bharu yang terjejas sudah surut cuma masih ada beberapa kawasan yang airnya masih bertakung di halaman rumah sejak lapan hari lalu. Banjir di Kelantan semakin pulih dengan mangsa terus berkurangan kepada 685 orang jam 4 petang tadi berbanding pagi tadi 862 orang. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Mangsa banjir di Kelantan berkurangan

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan petang ini terus berkurangan kepada 685 berbanding pagi tadi 862 orang.

Semua mangsa membabitkan 222 keluarga itu ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 4 petang, lima PPS yang masih dibuka adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Gual Periok, SK Kubang Kual, Masjid Mukim Padang Licin dan PPS Putat Tujoh.

Sementara itu, menurut laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi paras waspada iaitu 7.82 meter (m).

Semua sungai lain iaitu Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Tangga Krai, Sungai Galas di Dabong, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tambatan Diraja, Sungai Golok di Jenob, Kuala Jambu dan Sungai Semerak di Pasir Puteh berada pada paras normal.

Berita Harian X