Jumaat, 24 Disember 2021 | 8:26pm
Banjir di Pekan berikutan limpahan air Sungai Pahang, hari ini. - Foto NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG
Banjir di Pekan berikutan limpahan air Sungai Pahang, hari ini. - Foto NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG
Sukarelawan dari Majlis Perbandaran Batu Pahat dan NGO pelbagai kaum bergotong-royong dan membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Taman Sri Muda. - Foto NSTP/OSMAN ADNAN
Sukarelawan dari Majlis Perbandaran Batu Pahat dan NGO pelbagai kaum bergotong-royong dan membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Taman Sri Muda. - Foto NSTP/OSMAN ADNAN

Korea Selatan sedih banjir di Malaysia

KUALA LUMPUR: Korea Selatan bersedih dengan banjir besar baru-baru ini yang menyebabkan kerosakan teruk serta korban nyawa di Malaysia, kata Perdana Menteri Kim Boo-Kyum.

Dalam surat yang diutus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kim bagi pihak kerajaan dan rakyat Korea Selatan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

"Saya berharap di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Ismail Sabri) yang cemerlang, rakyat Malaysia mampu mengharungi apa jua situasi dan keadaan akan kembali pulih secepat mungkin," menurut surat itu.

Malaysia mengalami banjir besar dan tanah runtuh di beberapa kawasan dan negeri yang dicetuskan oleh hujan lebat dengan sekurang-kurangnya 41 orang dilaporkan terkorban setakat ini. – BERNAMA

Berita Harian X