Jumaat, 24 Disember 2021 | 2:51pm
Keadaan banjir di Kg Batu Kapor, Mentakab, Pahang semasa tinjauan Bernama pada petang Khamis (23 Disember) tidak banyak berubah.
Keadaan banjir di Kg Batu Kapor, Mentakab, Pahang semasa tinjauan Bernama pada petang Khamis (23 Disember) tidak banyak berubah.
Keadaan banjir di Kampung Pulau Keladi, yang dinaiki air banjir berikutan limpahan air Sungai Pahang. Kawasan sekitar Pekan, diramalkan akan menerima limpahan air dari Sungai Pahang dan akan menyebabkan banjir di kawasan rendah dan kawasan persisir sungai. - Foto STR/FARIZUL HAFIZ AWANG

Keadaan salah satu rumah di Kampung Lamir, yang dinaiki air banjir berikutan limpahan air dari anak Sungai Pahang. Kawasan sekitar Pekan, diramalkan akan menerima limpahan air dari Sungai Pahang dan akan menyebabkan banjir di kawasan rendah dan kawasan persisir sungai. - Foto STR/FARIZUL HAFIZ AWANG

Banjir 'teh tarik' menenggelamkan Mentakab

TEMERLOH: Bandar Mentakab tidak ubah seperti lautan 'teh tarik' tanpa kelihatan lagi ketamadunan manusia.

Tinjauan udara Bernama bersama Pasukan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati, bandar seluas 10,000 hektar yang terletak di tengah Pahang itu seakan-akan hilang daripada pandangan mata, akibat banjir besar sejak Ahad lalu.

Lebih memilukan, biarpun cuaca cerah mulai menyinari bandar itu sejak Rabu, tetapi tiada tanda banjir itu akan menyurut dengan cepat.

Tentera Darat Malaysia melalui Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja Mekanize menghantar bekalan makanan ke PPS Desa Bakti, Mentakab hari ini. Seramai 118 keluarga terdiri daripada 393 mangsa berada di PPS ini. - Foto ATM

Bagi penduduk Mentakab Sarimah Derami, 57, yang melalui pengalaman banjir sebanyak dua kali pada tahun ini, merasa fobia setiap kali hujan lebat melanda bandar itu.

Kejadian pertama pada Januari lalu menyebabkan rumahnya di Bangau Tanjung, di sini ditenggelami air sekali gus memusnahkan hampir keseluruhan harta bendanya.

"Setiap kali hujan lebat lebih dua jam pasti air akan naik, sampai bila kami (penduduk) di sini perlu lalui semua ini, barang di rumah belum cukup setahun lagi… kini dah tenggelam lagi. Hujan lebat berterusan dua hari sahaja sudah banjirkan kawasan ini berbanding hujan lima hari pada kejadian banjir awal tahun lalu.

"Saya harap sangat satu tindakan yang lebih baik boleh dilakukan dalam mengatasi masalah banjir di Mentakab ini," katanya ketika ditemui, hari ini.

Awal Januari lalu, landskap bandar Temerloh termasuk Mentakab berubah seperti air sungai yang keruh berwarna lumpur, susulan banjir besar yang melanda daerah itu sehingga menenggelamkan sebahagian besar penempatan penduduk, dengan air naik melepasi paras bumbung bangunan.

Setakat jam 10 pagi tadi, Pahang mencatatkan seramai 34,390 orang yang ditempatkan di 245 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri itu.

Tidak terus berduka dengan apa yang berlaku, seorang mangsa banjir Saharudin Othman mengorak langkah baharu bagi menjana pendapatkan keluarga.

Usahawan berusia 44 tahun itu tidak patah semangat dan menggunakan kesempatan yang ada dengan menjala ikan di Sungai Semantan, yang akhirnya memberikan hasil apabila tangkapannya berjaya dijual kepada penduduk setempat.

"Kawasan rumah saya di Kampung Lompat, Mentakab juga dinaiki air dan saya tidak boleh berdiam diri sahaja, untuk menyara keluarga dalam musim banjir ini.

"Saya bersyukur apabila hasil tangkapan saya antaranya ikan jenis patin dan baung dibeli oleh penduduk yang turut terjejas akibat banjir, sehingga boleh menjana pendapatan sehingga RM400 sehari," katanya.

Saharudin berkata, dia bersyukur pelbagai bantuan dari anggota penyelamat dan badan bukan kerajaan di terima penduduk setempat, dan berterima kasih dengan kemurahan hati rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. – BERNAMA

Pemandangan dari udara keadaan banjir di sekitar Pekan, Pahang beberapa hari lalu. - Foto NSTP
Pemandangan dari udara keadaan banjir di sekitar Pekan, Pahang beberapa hari lalu. - Foto NSTP

Berita Harian X