Jumaat, 24 Disember 2021 | 2:45pm
Mayat warga emas ditemui di Sungai Cheroh, 10 pagi tadi. - Gambar PDRM
Mayat warga emas ditemui di Sungai Cheroh, 10 pagi tadi. - Gambar PDRM

Warga emas ditemui lemas

RAUB: Mayat warga emas ditemui lemas dekat sini, hari ini, tiga hari selepas dia dilaporkan hilang ketika mandi di tebing di Sungai Cheroh.

Por Kong Ming, 79, dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan mayatnya ditemui jam 11.10 pagi tadi, kira-kira 4 kilometer dari tempat dia mandi.

Ketua Polis Daerah Raub, Kama Azural Mohamed, berkata mayat mangsa ditemui tersangkut pada dahan pokok dalam sungai.

"Anaknya membuat aduan mengatakan ayahnya hilang ketika mandi di tebing sungai berhampiran rumahnya dan ada kesan tergelincir di tebing sungai.

"Pasukan mencari dan menyelamat diaktifkan melalui Balai Cheroh dan juga Bomba sejak Rabu lalu.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raub untuk dibedah siasat," katanya di sini hari ini.

Sebanyak 13 kematian berkaitan banjir dan enam orang hilang dilaporkan di Pahang setakat petang ini.

Banjir di Kampung Pulau Keladi, Pekan berikutan limpahan air Sungai Pahang. - Foto NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG
Banjir di Kampung Pulau Keladi, Pekan berikutan limpahan air Sungai Pahang. - Foto NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

Berita Harian X