Khamis, 23 Disember 2021 | 5:10pm
Mangsa dan sukarelawan di PPS SMK USJ 23 Subang Jaya yang menempatkan sebahagian besar mangsa banjir dari Kampung Tengah, Puchong. - Foto Ihsan Pembaca
Mangsa dan sukarelawan di PPS SMK USJ 23 Subang Jaya yang menempatkan sebahagian besar mangsa banjir dari Kampung Tengah, Puchong. - Foto Ihsan Pembaca

Jumlah mangsa banjir di PPS berkurangan - JKM

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di tujuh negeri direkodkan seramai 16,901 keluarga, membabitkan 59,662 individu sehingga jam 5 petang tadi.

Angka dikongsikan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu mencatatkan penurunan berbanding 17,164 keluarga membabitkan 60,583 individu, pada jam 12 tengah hari tadi.

Sebahagian mangsa banjir yang mendaftar masuk ke pusat pemindahan sementara (PPS) menjalani ujian saringan COVID-19 yang dilakukan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tok Deh dekat Rantau Panjang. - Foto hiasan BERNAMA

Perkongsian sama juga menjelaskan sebanyak 377 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Pahang, Kelantan Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, berbanding 389 PPS pada jam 12 tengah hari tadi.

Ia turut menyaksikan jumlah mangsa banjir ditempatkan di PPS di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur tidak berkurangan, antara jam 12 tengah hari hingga 5 petang tadi.

Mangsa banjir ditempatkan di PPS di Perak dan Kelantan pula mencatatkan pengurangan seramai 63 orang, manakala Melaka (empat), Pahang (27) serta Selangor (51).

Tinjauan di Kampung Lubok Gong dan Kampung Tok Deh Rantau Panjang berdekatan Sungai Golok air banjir kembali pulih hari inI. Banjir di Kelantan makin pulih apabila jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun. Keadaan banjir di Kelantan semakin baik apabila hanya satu daerah sahaja yang masih terjejas iaitu Pasir Mas. - Foto STR/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kemaskini terbaharu menunjukkan sebanyak 249 PPS beroperasi di Pahang bagi menempatkan 34,998 mangsa, masing-masing 12,007 lelaki, 11,705 wanita, 10,031 kanak-kanak dan 1,255 bayi.

Seramai 22,261 mangsa pula berlindung di 111 PPS di Selangor, masing-masing terdiri daripada 7,633 lelaki, 7,438 wanita, 6,368 kanak-kanak dan 822 bayi.

Lapan PPS dibuka di Kelantan bagi menempatkan 1,496 mangsa terdiri daripada 434 lelaki, 493 wanita, 530 kanak-kanak dan 39 bayi, manakala dua PPS dibuka di Melaka bagi memberi perlindungan kepada 131 mangsa yang terdiri daripada 46 lelaki, 40 wanita, 44 kanak-kanak serta seorang bayi.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membawa mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Temai Pekan. Tingkat satu sekolah tersebut sudah pun dinaiki air dan trend air menaik berikutan limpahan air banjir dari Sungai Pahang. - Foto STR/FARIZUL HAFIZ AWANG

Seramai 182 mangsa terdiri daripada 39 lelaki, 59 wanita, 77 kanak-kanak dan tujuh bayi ditempatkan di dua PPS di Perak, manakala 307 mangsa, masing-masing 100 lelaki, 109 wanita, 90 kanak-kanak dan lapan bayi berlindung di empat PPS di Negeri Sembilan.

Selain itu, seramai 314 mangsa, masing-masing 109 lelaki, 124 wanita fan 81 kanak-kanak ditempatkan di dua PPS di Kuala Lumpur.

Mengenai kejadian tanah runtuh pula, portal Info Bencana JKM merekodkan dua PPS dibuka bagi menempatkan 132 mangsa di Batu 11, Gombak, Selangor dan Sungai Penchala, Kuala Lumpur yang terjejas akibat insiden terbabit.

Portal berkenaan turut melaporkan satu kejadian kebakaran di Kuala Lumpur, membabitkan 12 mangsa yang ditempatkan di sebuah PPS dengan kapasiti 200 orang di Dewan 4B Sri Johor, Cheras.

Berita Harian X