Khamis, 23 Disember 2021 | 1:16pm
Gambar hiasan antara pencawang yang terjejas kerana banjir.
Gambar hiasan antara pencawang yang terjejas kerana banjir.

Bekalan elektrik di 409 kawasan di 3 negeri pulih

KUALA LUMPUR: Bekalan elektrik di 409 kawasan di Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur yang terjejas akibat banjir sudah pun dipulihkan, sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan, bekalan elektrik pulih di 272 kawasan di Pahang, 22 kawasan di Negeri Sembilan dan 11 kawasan di Kuala Lumpur.

"Jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, besar kemungkinan pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis anda masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan," katanya melalui laman sosial rasmi TNB, hari ini.

Selain itu, sebanyak 225 kawasan di tiga negeri berkenaan masih belum mendapat bekalan elektrik berikutan penutupan bekalan oleh TNB untuk keselamatan pengguna setempat.

TNB berkata, jumlah kawasan yang terbabit adalah 216 kawasan di Pahang, enam di Negeri Sembilan dan tiga di Kuala Lumpur.

Selain itu, sebanyak 225 kawasan di tiga negeri berkenaan masih belum mendapat bekalan elektrik berikutan penutupan bekalan oleh TNB untuk keselamatan pengguna setempat.

TNB berkata, jumlah kawasan yang terbabit adalah 216 kawasan di Pahang, enam di Negeri Sembilan dan tiga di Kuala Lumpur.

"Usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terbabit dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat," katanya.

Pada masa sama, TNB turut menasihatkan pengguna supaya kekal selamat dan sentiasa berhati-hati.

"Jangan bermain air banjir atau sentuh, potong atau tarik pokok tumbang berdekatan talian elektrik. Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai," katanya.

Orang ramai yang ingin mengetahui status bekalan elektrik di kawasan masing-masing boleh merujuk ke laman Facebook TNB Careline.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bekalan elektrik di kawasan yang terbabit banjir akan disambung secepat mungkin apabila keadaan air mulai surut.

Ismail Sabri berkata, TNB terpaksa memutuskan bekalan buat sementara waktu di lebih 350 kawasan di Lembah Klang atas faktor keselamatan awam, berikutan paras air masih bahaya, litar pintas boleh berlaku dan boleh menyebabkan kebakaran.

Berita Harian X