SHAH ALAM: Pahang kini negeri paling teruk terjejas dengan banjir, setakat pagi ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata semuanya tujuh negeri masih terjejas kerana kenaikan paras air sungai.
Keadaan di bandar Temerloh berdekatan McD masih digenangi air.
Kredit: Dom Minion pic.twitter.com/57w7UKPpDa— Bencana2021 (@bencana2021) December 23, 2021
"Setakat pagi ini, 68,341 mangsa banjir direkodkan di pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara," katanya .
Beliau berkata, banjir di seluruh negara sudah meragut 37 nyawa, manakala 10 lagi dilaporkan masih hilang.
Menurut laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat, 35,914 mangsa dipindahkan ke 261 PPS seluruh Pahang.
Mereka dari 10,632 keluarga.
Keadaan banjir di sekitar Temerloh pada 22 Disember 2021.
Sumber: JPS Pahang pic.twitter.com/q8sCbpCDDt— Bencana2021 (@bencana2021) December 22, 2021