Khamis, 23 Disember 2021 | 11:27am
Temerloh Waterfront di tepi Sungai Pahang hampir ditenggelami air. - Foto NSTP/Roselan Ab Malek
Temerloh Waterfront di tepi Sungai Pahang hampir ditenggelami air. - Foto NSTP/Roselan Ab Malek
Keadaan banjir yang berlaku di sekitar Temerloh dan Mentakab hari ini. STR/ ROSELAN AB MALEK
Keadaan banjir yang berlaku di sekitar Temerloh dan Mentakab hari ini. STR/ ROSELAN AB MALEK
Keadaan banjir yang berlaku di sekitar Temerloh dan Mentakab hari ini. STR/ ROSELAN AB MALEK
Keadaan banjir yang berlaku di sekitar Temerloh dan Mentakab hari ini. STR/ ROSELAN AB MALEK

Mangsa banjir di Pahang kembali meningkat

JERANTUT: Mangsa banjir di Pahang kembali meningkat kepada 37,420 orang pagi ini, berbanding 36,844 orang jam empat petang semalam.

Antara daerah yang merekodkan peningkatan mangsa banjir adalah Temerloh, Bera, Pekan dan Bentong.

Keadaan banjir yang berlaku di sekitar Temerloh dan Mentakab, minggu lalu. Foto NSTP/Roselan Ab Malek
Keadaan banjir yang berlaku di sekitar Temerloh dan Mentakab, minggu lalu. Foto NSTP/Roselan Ab Malek

Daerah Jerantut, Lipis, Raub, Kuantan dan Maran pula menunjukkan pengurangan jumlah mangsa bencana itu.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, berkata jumlah mangsa banjir itu membabitkan 10,937 keluarga yang ditempatkan di 264 pusat pemindahan sementara (PPS).

"Seramai 11,703 mangsa daripada 3,315 keluarga dilaporkan di daerah Temerloh membabitkan 79 PPS, berbanding petang semalam seramai 10,806 mangsa daripada 3,034 keluarga di 78 PPS.

"Daerah Bera turut menunjukkan peningkatan 2,184 mangsa membabitkan 623 keluarga di 20 PPS, berbanding semalam 557 keluarga dipindahkan membabitkan 2,017 mangsa di 19 PPS.

"Di Pekan dan Bentong turut menunjukkan peningkatan iaitu 1,571 mangsa daripada 461 keluarga di 21 PPS dan 4,695 mangsa daripada 1,590 keluarga di 17 PPS," katanya.

Sementara itu, beberapa laluan di Pahang masih ditutup untuk semua kenderaan berikutan banjir yang masih belum surut.

Bagi Jerantut, jalan yang masih ditutup adalah Jalan Jerantut ke FELDA Kota Gelanggi, Jalan Jerantut-Lipis, Jalan Bukit Puas ke Gintong, Jalan Pulau Tawar ke Durian Hijau, Jalan Sungai Lekok ke Jeransong, Jalan Ulu Retang ke Merting dan Jalan Sungai Yap ke Pasir Tambang.

"Di Raub pula, Jalan Sengkela ke Chenua, Jalan Bentong ke Gua Musang dan Jalan Ulu Renggol, manakala di Bentong membabitkan Jalan Karak ke Simpang Pelangai dan jalan utama Mempaga.

"Di Maran, laluan yang ditutup Jalan Maran ke Jerantut, Jalan Serengkam dan Jalan utama Jengka Utara, manakala

di Kuantan, Jalan yang ditutup Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan ke Endau, Jalan Air Hitam ke Teluk Mahang, Jalan Panching Utara dan Jalan Kuala Lumpur ke Kuantan.

"Beberapa laluan di Lipis juga masih ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan iaitu Jalan Bukit Kota ke Aur Gading dan Jalan Lipis ke Jerantut," katanya.

Beliau berkata, di Temerloh laluan yang ditutup Temerloh ke Kuala Lumpur, Temerloh ke Gemas, Temerloh ke Mentakab dan Jalan Loji Air Batu Sawar.

"Di Bera, laluan yang ditutup Jalan Bera ke Temerloh, Jalan Utama Gugusan Bera dan Jalan Bohor Baharu, manakala di Bentong Jalan Karak ke Simpang Pelanggai serta di Pekan, Jalan Mentega ke Terapai," katanya.

Berita Harian X