Rabu, 22 Disember 2021 | 10:24am
Maxis tawar penyelesaian kepada peniaga yang ingin beralih secara digital - FOTO Hiasan.
Maxis tawar penyelesaian kepada peniaga yang ingin beralih secara digital - FOTO Hiasan.

Digitalisasi buka peluang baharu buat Restoran Habib

RESTORAN Habib tidak asing lagi bagi penduduk di Johor Bahru. 

Bermula dengan menjual nasi campur dan hidangan kari resepi tradisi keluarga secara kecil-kecilan di Taman Iskandar, Pasir Pelangi sejak 1974, kini Restoran Habib mempunyai 10 buah cawangan.

Pemilik Restoran Habib, Habeebulla ME Abd Kadhim atau mesra dikenali sebagai Habib, berkata menu tradisi di restorannya berasal dari resipi keluarga.

"Menjadi satu kebanggaan untuk kami terus sajikan menu tradisi keluarga ini kepada masyarakat," katanya.

Ketika pandemik melanda, perniagaan Habib terjejas berikutan larangan makan di restoran. Namun, beliau tetap tekad untuk terus menyajikan hidangan kegemaran pelanggannya. 

Dengan semangat yang dimiliki, Habib sekeluarga meneroka pelbagai cara untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran dan membungkus makanan dengan lancar. Berkat kegigihan, mereka akhirnya menemui penyelesaian tepat untuk Restoran Habib.

Digitalisasi penuhi permintaan

Pada mulanya, Habib berhadapan kesukaran memuat naik semua hidangan dalam platform digital. Ini mempengaruhi tingkah laku pembelian pelanggan kerana makanan kegemaran mereka tiada dalam platform tersebut dan menyebabkan pesanan berkurangan. 

Habib kemudian mendapatkan bantuan daripada Maxis SME Help Squad dan beliau dicadangkan untuk mendaftar Cloud POS Lite, sistem pesanan dalam talian semua-dalam-satu.

Maxis SME Help Squad membantu Habib memohon Geran Digitalisasi PKS yang menawarkan subsidi sehingga RM5,000* dengan hanya menyediakan dokumen penting sahaja. 

Kini, pelanggan Restoran Habib dapat membuat pesanan untuk makanan kegemaran mereka secara dalam talian dan terus menikmati pengalaman yang sama walaupun di rumah. 

Restoran Habib juga meraih kepuasan pelanggan serta mencatat peningkatan jualan sebanyak 22 peratus.

Anda juga boleh jadi UsahaWIRA

Untuk terus menerajui perniagaan, anda memerlukan peluang yang sangat hebat dan bernilai.

Seperti Habib, beliau dapat menebus dana sehingga RM5,000 daripada Geran Digitalisasi PKS PENJANA.

Kini bersama Maxis Business, beliau mempunyai rakan kongsi yang sentiasa bersama melangkah ke arah digitalisasi dan mengekalkan perniagaan turun-temurun untuk generasi mendatang.

Klik sini untuk mulakan kembara digital serta tebus sehingga RM5,000* hari ini!

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Berita Harian X