Selasa, 21 Disember 2021 | 12:06am
Anggota bomba menyelamatkan 19 individu termasuk empat kanak-kanak selepas terperangkap dalam tanah runtuh di Jalan Genting Peres, menghala Kuala Klawang, dekat Semenyih. - Foto Bomba
Anggota bomba menyelamatkan 19 individu termasuk empat kanak-kanak selepas terperangkap dalam tanah runtuh di Jalan Genting Peres, menghala Kuala Klawang, dekat Semenyih. - Foto Bomba

Empat kanak-kanak antara 19 terperangkap

KUALA LUMPUR: Seramai 19 individu, termasuk empat kanak-kanak diselamatkan selepas terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Peres, menghala Kuala Klawang, dekat Semenyih, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima maklumat dua kumpulan mangsa terkesan kejadian itu, pada jam 4.32 petang.

Susulan itu, katanya, seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikejarkan ke tempat kejadian.

"Anggota tiba di lokasi pada jam 5.54 petang dan operasi menyelamat dibantu 10 anggota polis. Kumpulan mangsa pertama membabitkan dua lelaki dikenali Yap Yong Kang, 22 dan Yan James Fong, 23, ditemui pada jam 1.43 pagi tadi.

"James Fong turut terseliuh di pergelangan kaki kanan. Kumpulan kedua iaitu keluarga membabitkan 17 orang, termasuk empat kanak-kanak berusia antara empat hingga 40 tahun juga terkandas di lokasi sama dan ditemui pada jam 5.30 pagi.

"Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan keluarga berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita Harian X