Isnin, 20 Disember 2021 | 11:55pm
Antara mangsa banjir di Perak, hari ini. - FOTO BERNAMA
Antara mangsa banjir di Perak, hari ini. - FOTO BERNAMA

Mangsa banjir di dua daerah Perak meningkat

IPOH: Bilangan mangsa banjir di dua daerah di Perak, meningkat kepada 285 orang membabitkan 80 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 malam tadi.

Ia berbanding 264 mangsa banjir (73 keluarga) dilaporkan, petang tadi, di Hilir Perak dan Muallim.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, pertambahan itu membabitkan mangsa banjir di PPS Dewan Bandaran Teluk Intan yang menempatkan 106 orang (34 keluarga).

Bagaimanapun, katanya, PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di Changkat Jong, masih kekal dengan 140 mangsa banjir (35 keluarga).

"Di Muallim pula, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim juga kekal dengan 39 mangsa banjir (11 keluarga)," katanya.

Berita Harian X