Ahad, 19 Disember 2021 | 10:38pm

Kebakaran di Flat Sri Johor

KUALA LUMPUR: Lapan unit kediaman di tingkat lima Flat Sri Johor, Cheras, musnah dalam kebakaran malam ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kebakaran jam 9 malam itu dipercayai bermula di bahagian tengah blok berkenaan sebelum merebak di keseluruhan tingkat.

"Setakat ini, bomba masih menyiasat sama ada kejadian membabitkan kemalangan jiwa. Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim turut meninjau kejadian itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di Flat Sri Johor, Cheras. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Lapan unit kediaman di tingkat lima Flat Sri Johor, Cheras, musnah dalam kebakaran malam ini. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan tengah malam ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.17 malam.

Susulan itu, katanya, seramai 35 anggota menaiki 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Keramat dan BBP Cheras dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, kita mendapati semua unit kediaman itu musnah 100 peratus. Operasi pemadaman kebakaran menggunakan teknik dan jentera khas.

"Kerja 'overhaul' (baik pulih) sedang dijalankan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Berita berkaitan:

  • Bantuan kewangan, rumah untuk mangsa kebakaran - PM
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau kebakaran di Flat Sri Johor, Cheras. - NSTP/Saifullizan Tamadi
    Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau kebakaran di Flat Sri Johor, Cheras. - NSTP/Saifullizan Tamadi

    Kebakaran jam 9 malam itu dipercayai bermula di bahagian tengah blok berkenaan sebelum merebak di keseluruhan tingkat. - NSTP/Saifullizan Tamadi
    Kebakaran jam 9 malam itu dipercayai bermula di bahagian tengah blok berkenaan sebelum merebak di keseluruhan tingkat. - NSTP/Saifullizan Tamadi

    Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas. - NSTP/Saifullizan Tamadi
    Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas. - NSTP/Saifullizan Tamadi

    Kebakaran jam 9 malam itu dipercayai bermula di bahagian tengah blok berkenaan sebelum merebak di keseluruhan tingkat. - NSTP/Saifullizan Tamadi
    Kebakaran jam 9 malam itu dipercayai bermula di bahagian tengah blok berkenaan sebelum merebak di keseluruhan tingkat. - NSTP/Saifullizan Tamadi

    Lapan unit kediaman di tingkat lima Flat Sri Johor, Cheras, musnah dalam kebakaran malam ini.

    Berita Harian X