Ahad, 19 Disember 2021 | 8:30am
Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Daerah Muallim bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim sedang memantau keadaan banjir di Kampung Kuala Slim. - NSTP/Ihsan Pembaca
Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Daerah Muallim bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim sedang memantau keadaan banjir di Kampung Kuala Slim. - NSTP/Ihsan Pembaca

Hujan sangat lebat diramal di Perak, Pahang, Selangor hari ini

KUALA LUMPUR: Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal berlaku hari ini di beberapa kawasan di ibu negara, Perak, Pahang dan Selangor.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan amaran cuaca yang dikeluarkan pada 1.40 pagi tadi memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Perak ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Di Pahang, kawasan yang dijangka terlibat ialah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan manakala di Selangor ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat serta Hulu Langat.

Sebanyak 10 sungai utama di Pahang masih merekodkan paras air bahaya setakat jam 12 tengah hari tadi. - Foto NSTP
Sebanyak 10 sungai utama di Pahang masih merekodkan paras air bahaya setakat jam 12 tengah hari tadi. - Foto NSTP

Sementara itu, hujan lebat berterusan tahap buruk diramal berlaku di Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Pahang (Temerloh, Maran dan Pekan); Sepang (Selangor); Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Jelebu (Negeri Sembilan).

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran waspada hujan berterusan di seluruh Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

Keadaan cuaca sama turut diramal berlaku di seluruh Terengganu, Melaka, Pahang (Bera dan Rompin); Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat). - BERNAMA

 Sebuah rumah penduduk di Kampung Orang Asli Sungai Melut ditenggelami banjir kilat akibat hujan lebat dan limpahan air sungai. - Foto ihsan pembaca
Sebuah rumah penduduk di Kampung Orang Asli Sungai Melut ditenggelami banjir kilat akibat hujan lebat dan limpahan air sungai. - Foto ihsan pembaca

Keadaan banjir jalan utama Kuala Krai yang menghubungkan Kampung Kuala Nal dengan Lepan Pauh dan Bukit Sireh terputus hubungan selepas berlaku limpahan air Sungai Kelantan. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Keadaan Jalan Lubok China Rembau-Port Dickson yang ditutup daripada sebarang kenderaan sejak awal pagi tadi selepas dipenuhi air. - Foto Ihsan pembaca
Keadaan Jalan Lubok China Rembau-Port Dickson yang ditutup daripada sebarang kenderaan sejak awal pagi tadi selepas dipenuhi air. - Foto Ihsan pembaca

Berita Harian X