Ahad, 19 Disember 2021 | 2:39am

'KL tenggelam'

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar laluan utama di sekitar pusat bandar raya dinaiki air bermula malam tadi.

Tinjauan BH di sekitar Dataran Merdeka jam 1 pagi tadi mendapati sebahagian besar hadapan bangunan Sultan Abdul Samad dan Jalan Raja di sini, dilanda banjir akibat limpahan Sungai Gombak.

Semua laluan masuk ke Dataran Merdeka terutama dari arah Padang Merbok dan Masjid Negara ditutup kepada semua kenderaan.

Limpahan Sungai Gombak turut menyebabkan banjir di Jalan Kinabalu.

Laluan dari arah Jalan Kuching menghala Jalan Loke Yew ditutup sepenuhnya selepas dinaiki air manakala pengguna jalan raya dilencongkan ke Jalan Sultan Ismail.

Anggota Bomba dan Penyelamat mencari mangsa yang terperangkap didalam rumah di Lorong Tiong Nam, Kuala Lumpur selepas air naik secara mendadak ekoran hujan yang turun berterusan. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Anggota Bomba dan Penyelamat mencari mangsa yang terperangkap didalam rumah di Lorong Tiong Nam, Kuala Lumpur, selepas air naik secara mendadak ekoran hujan yang turun berterusan. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Tinjauan di Jalan Chow Kit mendapati ratusan penduduk yang mendiami Jalan Tiong Nam, terperangkap di kediaman mereka selepas air naik setinggi kira-kira meter.

Ratusan penduduk kawasan berkenaan juga didapati meninggalkan kenderaan di sepanjang Jalan Chow Kit dari arah bangunan Sime Darby sehingga persimpangan menuju ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur mengerahkan pegawai dan anggota bersama dua unit bot bagi membawa keluar mangsa terperangkap.

Di Jalan Ipoh, Sentul, limpahan Sungai Gombak turut menyebabkan banjir di Jalan Kasipillay.

Anggota Bomba dan Penyelamat menurunkan mangsa yang terperangkap didalam rumah di Lorong Tiong Nam. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Anggota Bomba dan Penyelamat menurunkan mangsa yang terperangkap didalam rumah di Lorong Tiong Nam. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Anggota Trafik melencongkan laluan kenderaan dari Jalan Kuching ke Jalan Sultan Ismail ketika Pusat Bandar Kuala Lumpur mengalami banjir. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Anggota Trafik melencongkan laluan kenderaan dari Jalan Kuching ke Jalan Sultan Ismail ketika Pusat Bandar Kuala Lumpur mengalami banjir. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Antara kawasan di ibu kota yang dilanda banjir. - Foto NSTP
Antara kawasan di ibu kota yang dilanda banjir. - Foto NSTP
Berita Harian X