X
Ahad, 19 Disember 2021 | 12:32am
Anggota dan aset ATM mula diatur gerak dalam membantu operasi banjir. - Foto FB Hishammuddin Hussein
Anggota dan aset ATM mula diatur gerak dalam membantu operasi banjir. - Foto FB Hishammuddin Hussein

Aset, anggota ATM digerak bantu operasi banjir

KUALA LUMPUR: Anggota dan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula diatur gerak dalam membantu operasi banjir khususnya di kawasan yang terjejas teruk.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi hantaran Facebooknya, berkata atur gerak aset dan anggota ATM itu kini membabitkan bantuan mangsa banjir di Selangor khususnya di Klang, Sepang, Damansara dan Bukit Lanchong.

"Anggota dan aset daripada 11 Briged serta 12 Briged telah berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir di situ.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"ATM pada masa sama bersiap-siaga memperluaskan operasi bantuan di kawasan-kawasan lain yang berpotensi terjejas teruk," katanya.

Hishammuddin dalam pada itu mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri serta ahli keluarga.

"Jauhi tempat dilanda banjir, pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah dan jaga prosedur operasi standard ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara. Sama-samalah kita doakan semoga situasi banjir ini segera pulih," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X