Sabtu, 18 Disember 2021 | 9:30pm
Perang bendera DAP dengan GPS sekitar DUN Padungan ketika tinjauan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di Kuching. FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD
Perang bendera DAP dengan GPS sekitar DUN Padungan ketika tinjauan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di Kuching. FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD

DAP menang dua DUN setakat ini

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 menyaksikan DAP memenangi dua daripada 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi parti itu setakat ini.

Berdasarkan keputusan rasmi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat jam 9.15 malam, DAP memenangi kerusi DUN N9 Padungan menerusi calonnya yang juga Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Seorang lagi calon DAP, Violet Yong Wui Wui, berjaya mengekalkan kerusi DUN N10 Pending yang dimenanginya pada PRN Sarawak 2016.

Dalam PRN kali ini, DAP bertanding di 26 kerus DUN. Dalam PRN-11 pada tahun 2016, DAP menang tujuh kerusi daripada 31 kerusi ditandinginya.

Berita Harian X