Sabtu, 18 Disember 2021 | 1:03pm
Penghantar makanan, Rimi Muhaimi, mencuri tumpuan di pusat mengundi dengan sebelah mata berwarna biru. - Foto NSTP
Penghantar makanan, Rimi Muhaimi, mencuri tumpuan di pusat mengundi dengan sebelah mata berwarna biru. - Foto NSTP

'Mata robot' curi tumpuan

KUCHING: Seorang pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, di sini, mencuri tumpuan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila tampil dengan mata kanan berwarna biru.

Penghantar makanan, Rimi Muhaimi, 37, berkata beliau sengaja memakai kanta pelekap berwarna biru di sebelah kanan matanya sebagai satu strategi pemasaran supaya mudah diingati oleh pelanggannya.

"Mata ini bukan original (asli). Saya memang sengaja memakai kanta pelekap berlainan warna sejak hampir setahun lalu untuk membawa imej unik supaya dikenali oleh orang sekeliling terutama pelanggan saya.

"Tambahan pula, semua orang perlu memakai pelitup muka ketika ini, oleh itu mereka mudah mengenali saya melalui mata yang sering ditegur sebagai 'mata robot'," katanya yang ditemui di Kompleks Sukan Satok, di sini.

Rimi berkata, proses mengundi dalam norma baharu bagi pilihan raya kali ini lebih teratur dan lancar berbanding pilihan raya sebelum ini yang sesak dan kucar-kacir.

"Kali ini, urusan mengundi tidak sampai 10 minit sudah selesai. Proses lebih lancar dan pengundi juga patuh dengan SOP (prosedur operasi standard)," katanya yang hadir mengundi pada jam 10 pagi tadi.

Beliau juga teruja kerana Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, juga tiba di pusat mengundi itu pada masa yang sama dengannya.

Berita Harian X