Sabtu, 18 Disember 2021 | 12:57pm
Kehadiran Toh Puan Ragad Kurdi Taib yang mengundi sempena PRN-12 di Pusat Mengundi SMK Tun Abang Haji Openg menarik perhatian orang ramai. - NSTP/Aizuddin Saad
Kehadiran Toh Puan Ragad Kurdi Taib yang mengundi sempena PRN-12 di Pusat Mengundi SMK Tun Abang Haji Openg menarik perhatian orang ramai. - NSTP/Aizuddin Saad

Kehadiran Ragad curi tumpuan pengundi

PETRA JAYA: Kehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib yang membuang undi sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) menarik perhatian orang ramai.

Ragad tiba pada jam 12.02 tengah hari di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg di sini, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

Beliau ditemani Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud yang bagaimanapun, dilihat hanya menunggu di dalam kenderaan rasmi mereka.

Selepas melakukan pemeriksaan suhu di kaunter khas, Ragad diiringi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus ke satu daripada bilik bagi melakukan proses mengundi.

Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib mengundi di SMK Tun Abang Haji Openg di sini, bagi kerusi DUN Pantai Damai. - Foto Nor Ain Mohamed Radhi
Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib mengundi di SMK Tun Abang Haji Openg di sini, bagi kerusi DUN Pantai Damai. - Foto Nor Ain Mohamed Radhi

Beliau kemudian keluar dari pusat mengundi pada jam 12.10 tengah hari sambil tersenyum dan melambai kepada pengundi lain yang masih beratur.

Kerusi DUN Pantai Damai menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mahmud Sabli.

Dr Abdul Rahman adalah penyandang kerusi berkenaan.

Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg di sini, bagi kerusi DUN Pantai Damai. - Foto Nor Ain Mohamed Radhi
Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg di sini, bagi kerusi DUN Pantai Damai. - Foto Nor Ain Mohamed Radhi

Berita Harian X