Sabtu, 18 Disember 2021 | 10:31am
Suasana hari pengundian berjalan lancar sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di SJK (C) Chuang Hua No.4, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad

PRN-12 Sarawak berjalan lancar

KUCHING: Proses mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 yang bermula pada jam 7.30 pagi tadi, berjalan lancar dengan pengundi dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuching High di sini, mendapati pengundi mula hadir untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada jam 7.15 pagi.

Anggota polis dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memantau keadaan pusat pengundian bagi memastikan semua pengundi yang hadir mematuhi SOP ditetapkan.

Setiap pengundi diminta mengimbas kod QR, selain melakukan pemeriksaan suhu badan di laluan khas disediakan di pintu masuk sekolah.

Khiung Teck Hua, 55, antara pengundi awal yang tiba di pusat mengundi, berkata dia mengambil keputusan keluar mengundi awal bagi mengelak hujan yang diramalkan pada waktu petang.

"Setiap kali musim mengundi saya akan keluar awal sebab bimbang hujan. Nasib baik cuaca pada waktu pagi amat baik walaupun sedikit mendung," katanya.

Calon DAP bagi DUN Padungan, yang juga Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.
Calon DAP bagi DUN Padungan, yang juga Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Sementara itu, calon DAP bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan yang juga Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, tiba di pusat mengundi berkenaan pada jam 9 pagi.

Beliau yang ditemui selepas selesai mengundi menyifatkan proses pengundian berjalan lancar dan mengikut SOP ditetapkan.

"Proses pengundian berjalan dengan baik dan petugas SPR turut membantu pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.

Hari ini, seramai 1,252,014 pengundi berdaftar akan mengundi bagi menentukan parti mana yang bakal mendapat mandat bagi menubuhkan kerajaan negeri.

Berita Harian X