Sabtu, 18 Disember 2021 | 8:48am
Keadaan banjir di Taman Impian Perdana, Kuantan. - Foto NSTP/ASROL AWANG
Keadaan banjir di Taman Impian Perdana, Kuantan. - Foto NSTP/ASROL AWANG

Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat

KUANTAN: Sebanyak 25 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pahang, menempatkan 551 mangsa banjir daripada 150 keluarga di Raub dan Maran, pagi ini.

Berbanding petang semalam, hanya tujuh PPS dibuka, yang menempatkan 137 keluarga daripada 34 keluarga.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga jam 8 pagi ini, daripada jumlah itu, sebanyak 17 PPS dibuka di Raub, manakala lapan PPS di Maran.

Sementara itu, lima sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut dan Sungai Lipis di Batu Malim, Raub.

Selain itu, Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Sungai Kuantan di Bukit Kenau dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan.

Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh dan Sungai Jempol di Ran FELDA Jengka, Maran pula melepasi paras amaran, manakala lapan lagi sungai melepasi paras berjaga-jaga.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan buruk di empat daerah di Pahang iaitu Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan.

Amaran hujan berterusan waspada pula di Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera.

Berita Harian X