Sabtu, 18 Disember 2021 | 7:27am
Pengundi DUN N.14 Batu Kawa mengundi di Pusat mengundi Sekolah jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Sg.Tapang Hilir hari ini. - Foto BERNAMA
Pengundi DUN N.14 Batu Kawa mengundi di Pusat mengundi Sekolah jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Sg.Tapang Hilir hari ini. - Foto BERNAMA
Calon GPS DUN Satok, Datuk Ibrahim Baki beramah mesra dengan pengundi yang hadir untuk mengundi sempena PRN Sarawak ke-12 di Kompleks Sukan Satok, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad
Calon GPS DUN Satok, Datuk Ibrahim Baki beramah mesra dengan pengundi yang hadir untuk mengundi sempena PRN Sarawak ke-12 di Kompleks Sukan Satok, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad
Pengundi menaiki perahu untuk mengundi di SK Kampung Bungan dalam DUN Bawang Assan. - NSTP/Mohd Roji Kawi
Pengundi menaiki perahu untuk mengundi di SK Kampung Bungan dalam DUN Bawang Assan. - NSTP/Mohd Roji Kawi

LANGSUNG proses pengundian PRN-12 Sarawak

KUCHING: Proses pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12 Sarawak), bermula jam 7.30 pagi ini di 1,866 pusat mengundi.

Sebanyak 82 kerusi dipertandingkan di negeri terbesar negara ini, dengan waktu pengundian berlangsung sehingga jam 5 petang.

Sejumlah 1,252,014 pengundi berdaftar layak untuk mengundi hari ini. Pengundian awal membabitkan 23,043 anggota tentera dan polis bersama pasangan sudah dijalankan pada 14 Disember lalu.

Berita Harian (BH) membawa laporan langsung proses pengundian daripada wartawan kami, M Hifzuddin Ikhsan, Adib Povera, Saiful Haizan Hasam, Mohd Roji Kawi, Mohd Iskandar Ibrahim, Hana Naz Harun, Nor Ain Mohamed Radhi, Nurul Hidayah Bahaudin, Goh Pei Pei, Norsyazwani Nasri, Melvin Joni dan Joshua Eric serta jurugambar, Aizuddin Saad dan Nadim Bokhari, di beberapa pusat pengundian.

5 petang: Proses mengundi PRN Sarawak tamat secara rasmi selepas semua 1,866 pusat mengundi ditutup.

4.20 petang: 52 peratus pengundi keluar mengundi setakat jam 3 petang hari ini - SPR

4.10 petang: Suasana lengang di Pusat Mengundi Kompleks Sukan Satok, 50 minit sebelum ia ditutup.

3.40 petang: 100 pusat pengundian sudah ditutup secara berperingkat sejak jam 11 pagi tadi.

Petugas SPR diiringi anggota polis membawa keluar peti undi selepas selesai proses undian pada jam 11 pagi di SJK (C) Kai Nang hari ini. - Foto BERNAMA
Petugas SPR diiringi anggota polis membawa keluar peti undi selepas selesai proses undian pada jam 11 pagi di SJK (C) Kai Nang hari ini. - Foto BERNAMA

3.05 petang: 48 peratus pengundi keluar mengundi setakat jam 2 petang hari ini - SPR

Anggota polis trafik mengawal lalu lintas di Kompleks Sukan Satok, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad
Anggota polis trafik mengawal lalu lintas di Kompleks Sukan Satok, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad

1.50 tengah hari: 44 peratus pengundi keluar mengundi setakat jam 1 tengah hari ini - SPR

Petugas SPR membantu warga emas untuk mengundi bagi DUN Satok di Kompleks Sukan Satok, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad
Petugas SPR membantu warga emas untuk mengundi bagi DUN Satok di Kompleks Sukan Satok, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad

12.51 tengah hari: 39 peratus pengundi keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari ini - SPR

Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (kanan) dan isteri Datin Sri Enn Ong Siok Ean mengundi di DUN N.14 Batu Kawah di SJKC Chung Hua Sg. Tapang Hilir. - Foto BERNAMA
Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (kanan) dan isteri Datin Sri Enn Ong Siok Ean mengundi di DUN N.14 Batu Kawah di SJKC Chung Hua Sg. Tapang Hilir. - Foto BERNAMA

12.02 tengah hari: Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Ragad Kurdi Taib tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg, Petra Jaya bagi membuang undi di kerusi DUN Pantai Damai.

12.02 tengah hari: 32 peratus pengundi keluar mengundi setakat jam 11 pagi ini - SPR

11.42 pagi: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar dan isteri, Datin Fatimah Mohamad Iskandar, tiba di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg, Petra Jaya bagi membuang undi bagi kerusi DUN Pantai Damai.

Petugas SPR membantu warga emas ketika mengundi bagi DUN Satok di Kompleks Sukan Satok, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad
Petugas SPR membantu warga emas ketika mengundi bagi DUN Satok di Kompleks Sukan Satok, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad

11.41 pagi: Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud turut menunaikan tanggungjawab dengan mengundi di Kompleks Sukan Satok bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok.

Sarawak menarik kedatangan ramai pelancong. - Foto hiasan BERNAMA
Sarawak menarik kedatangan ramai pelancong. - Foto hiasan BERNAMA

11.25 pagi: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Batu Kawah, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan isteri, Datin Seri Enn Ong tiba di pusat mengundi SJK Chung Hua Sungai Tapang.

Proses pengundian di SJKC Sungai Tapang. - NSTP/Nadim Bokhari
Proses pengundian di SJKC Sungai Tapang. - NSTP/Nadim Bokhari

11.20 pagi: Calon baru Gabungan Parti Sarawak(GPS) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim mengundi di Pusat Mengundi Kampung Lubuk Ria, Serian hari ini.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

11.05 pagi: 22 peratus pengundi keluar mengundi setakat jam 10 pagi ini - SPR

11 pagi: Pusat mengundi Dewan Masyarakat Kampung Siang-Siang Laut bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari ditutup.

Pengundi menaiki perahu untuk mengundi di SK Kampung Bungan dalam DUN Bawang Assan.
Pengundi menaiki perahu untuk mengundi di SK Kampung Bungan dalam DUN Bawang Assan.

Ejen parti menunggu di luar pekarangan pusat mengundi di SJK (C) Chuang Hua No.4, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad
Ejen parti menunggu di luar pekarangan pusat mengundi di SJK (C) Chuang Hua No.4, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad

10.50 pagi: Pengundi menaiki perahu untuk mengundi di SK Kampung Bungan dalam DUN Bawang Assan.

Sebahagian pengundi beratur seawal jam 7 pagi untuk mengundi sempena PRN Sarawak ke-12 di Kompleks Sukan Satok, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad
Sebahagian pengundi beratur seawal jam 7 pagi untuk mengundi sempena PRN Sarawak ke-12 di Kompleks Sukan Satok, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad

10.03 pagi: 11 peratus penduduk keluar mengundi setakat jam 9 pagi ini - SPR

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg tiba di Kompleks Sukan Satok untuk mengundi bagi kerusi DUN Satok.
Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg tiba di Kompleks Sukan Satok untuk mengundi bagi kerusi DUN Satok.

9.56 pagi: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg tiba di Kompleks Sukan Satok untuk mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok

9.50 pagi: Suasana Pusat Mengundi Kompleks Sukan Satok mula sesak dengan kehadiran orang ramai kerana Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di Bahagian Kuching pada sebelah petang.

Calon GPS bagi kerusi DUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis dan isteri, Datin Simba Nalang mengundi di SK Abang Aing.
Calon GPS bagi kerusi DUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis dan isteri, Datin Simba Nalang mengundi di SK Abang Aing.

9.44 pagi : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi DUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis dan isteri, Datin Simba Nalang mengundi di SK Abang Aing.

9.40 pagi: Bot ekspres yang membawa pengundi ke beberapa kawasan dalam DUN Bawang Assan menyusuri Sungai Batang Igan.

Calon GPS bagi DUN Daro, Safiee Ahmad mengundi di SK Penasu, Daro.
Calon GPS bagi DUN Daro, Safiee Ahmad mengundi di SK Penasu, Daro.

9.30 pagi: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi DUN Daro, Safiee Ahmad mengundi di SK Penasu, Daro.

Calon Bebas, Ismawi Muhammad di DUN Muara Tuang mengundi di kampung kelahirannya di Pusat Mengundi Kampung Baru, Kota Samarahan.
Calon Bebas, Ismawi Muhammad di DUN Muara Tuang mengundi di kampung kelahirannya di Pusat Mengundi Kampung Baru, Kota Samarahan.

9.35 pagi: Calon Bebas, Ismawi Muhammad di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang mengundi di kampung kelahirannya di Pusat Mengundi Kampung Baru, Kota Samarahan hari ini

Pengundi di DUN Stakan menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Merdang Gayam, Kota Samarahan.
Pengundi di DUN Stakan menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Merdang Gayam, Kota Samarahan.

9.27 pagi Pengundi di Dewan Undangan Negeri(DUN) Stakan menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Merdang Gayam, Kota Samarahan hari ini.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof beramah mesra bersama penduduk setempat selepas mengundi di SK Rakyat bagi kerusi DUN Satok.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof beramah mesra bersama penduduk setempat selepas mengundi di SK Rakyat bagi kerusi DUN Satok.

9.26 pagi: Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof beramah mesra bersama beberapa orang penduduk setempat selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.

9.05 pagi: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi DUN Dalat, Datuk Seri Fatimah Abdullah mengundi di SK Kampung Teh, Dalat.

9.02 pagi. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail meluangkan masa kira-kira lima minit bagi meninjau keadaan di Pusat mengundi Kompleks Sukan Satok bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.

Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju yang sudah menarik diri sebagai calon Bebas bagi kerusi DUN Krian, mengundi di Sekolah Kebangsaan Nanga Budu.
Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju yang sudah menarik diri sebagai calon Bebas bagi kerusi DUN Krian, mengundi di Sekolah Kebangsaan Nanga Budu.

9 pagi: Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju (dua dari kanan) yang sudah menarik diri sebagai calon Bebas bagi kerusi DUN Krian, mengundi diSekolah Kebangsaan Nanga Budu. - Foto BERNAMA

Calon DAP DUN Padungan yang juga Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, selesai mengundi di SMK Kuching High.
Calon DAP DUN Padungan yang juga Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, selesai mengundi di SMK Kuching High.

8.42 pagi: Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh tiba di pusat pengundian SJK Chung Hua Sibu

8.52 pagi: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi DUN Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh mengundi di SK Abang Galau, Rajang dengan mematuhi SOP.

8.51 pagi: Calon DAP bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan yang juga Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, tiba di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuching High.

8.39 pagi: Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib selesai mengundi bagi kerusi DUN Satok di Kompleks Sukan Satok.

Calon Mulu, Datuk Gerawat Gala selesai mengundi di Pa Ukat, Bario.
Calon Mulu, Datuk Gerawat Gala selesai mengundi di Pa Ukat, Bario.

8.30 pagi: Calon Mulu, Datuk Gerawat Gala selesai mengundi di Pa Ukat, Bario

8.25 pagi.: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian, Royston Valentine tiba di pusat pengundian SK Kampung Petanak, Mukah.

8.25 pagi: Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas, Robertson Mawa tiba di pusat pengundian SK Sin Hua, Song.

8.20 pagi: Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu  membuang undi di Pusat Mengundi Kampung Muara Tuang di dewan Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan hari ini.

8.20 pagi.: Calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat, Salleh Mahli tiba di pusat pengundian SK Datuk Pengiran Mohamad, Oya.

8.18 pagi: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki (tengah) menyapa pengundi selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat.

8.10 pagi: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat, Datuk Seri Fatimah Abdullah tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Kampung Teh pada jam 8.10 pagi.

8.10 pagi: Pengundi beratur mengikut Prosedur Operasi Standard(SOP) menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan(SK) Dato Traoh, Kota Samarahan hari ini.

8.05 pagi: Salah seorang menjalankan proses semakan mengundi dikendalikan Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum mengundi Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan(SK) Dato Traoh, Kota Samarahan hari ini.

8.02 pagi> Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memeriksa suhu seorang pengundi sebelum proses pembuangan undi Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan(SK) Dato Traoh, Kota Samarahan hari ini.

Pengundi warga emas yang hadir berkerusi roda di Pusat mengundi Kompleks Sukan Satok bagi DUN Satok.
Pengundi warga emas yang hadir berkerusi roda di Pusat mengundi Kompleks Sukan Satok bagi DUN Satok.

7.40 pagi: Pengundi warga emas yang hadir berkerusi roda di Pusat mengundi Kompleks Sukan Satok bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.

Pusat pengundian di SK Santubong bagi DUN Pantai Damai dibuka.
Pusat pengundian di SK Santubong bagi DUN Pantai Damai dibuka.

7.34 pagi: Pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Santubong bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai dibuka.

Calon GPS DUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan, 30, bersama kakaknya, Azizah Jasmi Adenan, 38, tiba di SK Santubong untuk mengundi.
Calon GPS DUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan, 30, bersama kakaknya, Azizah Jasmi Adenan, 38, tiba di SK Santubong untuk mengundi.

7.30 pagi: Pengundi mula memasuki pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuching High bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan dibuka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

7.30 pagi: Calon N78 Mulu, Dato Gerawat Gala, tiba di Pa' Ukat, Bario untuk mengundi.

7.30 pagi : Pusat mengundi Kompleks Sukan Satok bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok dibuka

Calon GPS DUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan, 30, bersama kakaknya, Azizah Jasmi Adenan, 38, tiba di SK Santubong untuk mengundi.
Calon GPS DUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan, 30, bersama kakaknya, Azizah Jasmi Adenan, 38, tiba di SK Santubong untuk mengundi.

7.28 pagi: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan, 30, bersama kakaknya, Azizah Jasmi Adenan, 38, tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Santubong untuk mengundi.

7.25 pagi: Kumpulan pengundi terawal Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok bersiap sedia untuk mengundi di Kompleks Sukan Satok.

Bot ekspres yang disediakan bagi membawa pengundi dari bandar untuk ke tempat mengundi masing-masing di Tutus, Rassau, Bungan dan Sungai Pinang dalam kawasan DUN Bawang Assan bergerak pada jam 8 pagi.

7.20 pagi: Bot ekspres yang disediakan bagi membawa pengundi dari bandar untuk ke tempat mengundi masing-masing di Tutus, Rassau, Bungan dan Sungai Pinang dalam kawasan DUN Bawang Assan akan bergerak pada jam 8 pagi.

7.20 pagi: Sejumlah pengundi menunggu di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuching High bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan dibuka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Petugas SPR di Pusat Mengundi Kompleks Sukan Satok bagi DUN Satok diberi taklimat sebelum proses pengundian bermula pada jam 7.30 pagi.
Petugas SPR di Pusat Mengundi Kompleks Sukan Satok bagi DUN Satok diberi taklimat sebelum proses pengundian bermula pada jam 7.30 pagi.

7.20 pagi : Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Mengundi Kompleks Sukan Satok bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok diberi taklimat sebelum proses pengundian bermula pada jam 7.30 pagi.

Pengundi warga emas yang hadir berkerusi roda di Pusat mengundi Kompleks Sukan Satok bagi DUN Satok.
Pengundi warga emas yang hadir berkerusi roda di Pusat mengundi Kompleks Sukan Satok bagi DUN Satok.

7.49 pagi: Pengundi warga emas yang hadir berkerusi roda di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Santubong bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

Pengundi duduk di atas bangku ketika beratur di Pusat mengundi Balai Raya Kampung Selantik Ili bagi DUN Balai Ringin.
Pengundi duduk di atas bangku ketika beratur di Pusat mengundi Balai Raya Kampung Selantik Ili bagi DUN Balai Ringin.

7.49 pagi: Pengundi berehat di atas bangku ketika beratur di Pusat mengundi Balai Raya Kampung Selantik Ili bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin.

Hujan... Pengundi beratur di bawah bumbung di SK Abang Gesa, Belawai dalam DUN Kuala Rajang.
Hujan... Pengundi beratur di bawah bumbung di SK Abang Gesa, Belawai dalam DUN Kuala Rajang.

7.50 pagi: Hujan memaksa pengundi beratur di bawah bumbung di SK Abang Gesa, Belawai dalam DUN Kuala Rajang.

Berita Harian X