Khamis, 16 Disember 2021 | 11:33am
Dua mayat PATI bot pancung karam ditemui jam 10 pagi tadi. - Foto NSTP/Ihsan Maritim Malaysia
Dua mayat PATI bot pancung karam ditemui jam 10 pagi tadi. - Foto NSTP/Ihsan Maritim Malaysia

Dua lagi mayat mangsa bot karam ditemui

KOTA TINGGI: Dua lagi mayat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang hilang dalam insiden bot pancung karam di Perairan Tanjung Balau, di sini, ditemui berhampiran lokasi kejadian jam 10 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa, berkata kedua-dua mayat yang ditemui adalah lelaki.

Katanya, mayat pertama ditemui pada jarak 100 meter manakala mayat kedua pada jarak 280 meter dari Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC).

"Ia menjadikan penemuan mayat pada hari kedua Op Carilamat ialah tujuh mayat. Semua mayat akan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

"Lima mayat iaitu tiga lelaki dan dua wanita ditemui awal pagi tadi.

"Penemuan ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa seramai 32 orang iaitu 14 mangsa selamat dan 18 mangsa maut.

"Pencarian masih diteruskan untuk mengesan lagi baki 18 mangsa," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Berita Harian X