Rabu, 15 Disember 2021 | 10:43am
Anggota bomba mengeluarkan mayat pendatang asing tanpa izin selepas bot pancung yang dinaiki karam di perairan Tanjung Balau, awal pagi tadi. - NSTP/Ihsan BOMBA
Anggota bomba mengeluarkan mayat pendatang asing tanpa izin selepas bot pancung yang dinaiki karam di perairan Tanjung Balau, awal pagi tadi. - NSTP/Ihsan BOMBA

10 lemas, 46 masih hilang selepas bot seludup PATI karam

KOTA TINGGI: Sekurang-kurangnya 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) lemas, manakala 46 lagi masih hilang selepas bot pancung yang menyeludup mereka terbalik dan karam di perairan Tanjung Balau di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, 10 mangsa disahkan meninggal dunia, empat lagi mangsa ditemui selamat, manakala 46 mangsa lagi masih hilang.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Rafiee Karim, berkata operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bagi mengesan 46 mangsa yang masih hilang dalam kejadian itu, yang berlaku kira-kira 20 meter daripada pantai Tanjung Balau.

Anggota bomba mengeluarkan mayat pendatang asing tanpa izin selepas bot pancung yang dinaiki karam di perairan Tanjung Balau, awal pagi tadi. - NSTP/Ihsan BOMBA
Anggota bomba mengeluarkan mayat pendatang asing tanpa izin selepas bot pancung yang dinaiki karam di perairan Tanjung Balau, awal pagi tadi. - NSTP/Ihsan BOMBA

"Bomba menerima panggilan kecemasan jam 7.40 pagi tadi sebelum mengejarkan anggota penyelamat ke lokasi kejadian.

"Dianggarkan ada 60 orang menaiki bot pancung berkenaan, namun ia terbalik berikutan ombak kuat menyebabkan semua PATI yang berada di atas bot pancung itu terjatuh ke dalam laut.

"Seramai 10 mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM), empat berjaya diselamatkan dan 46 mangsa masih belum dijumpai.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan oleh pasukan Bomba dan dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya ketika dihubungi.

Sekurang-kurangnya 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) lemas, manakala 46 lagi masih hilang. - NSTP/Ihsan BOMBA
Sekurang-kurangnya 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) lemas, manakala 46 lagi masih hilang. - NSTP/Ihsan BOMBA

Sekurang-kurangnya 10 ditemui mati dalam kejadian bot pancung terbalik di perairan Tanjung Balau, awal pagi tadi. - Foto Bomba
Sekurang-kurangnya 10 ditemui mati dalam kejadian bot pancung terbalik di perairan Tanjung Balau, awal pagi tadi. - Foto Bomba

Berita berkaitan:

  • TERKINI: 21 PATI selamat, 10 mati, 29 mangsa bot karam masih hilang
  • Barang peribadi PATI mangsa bot karam bertaburan di pantai Tanjung Balau
  • Berita Harian X