KUCHING: Sejumlah 86 peratus pengundi awal sudah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, setakat jam 3 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jumlah itu meningkat berbanding 76 peratus pada jam 2 petang tadi.
Pada PRN Sarawak kali ini, seramai 23,043 pengundi awal dijangka melaksanakan tanggungjawab mengundi calon parti bertanding.
Jumlah itu membabitkan 12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala 10,458 pengundi lagi meliputi anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan yang membabitkan 69 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.