Selasa, 14 Disember 2021 | 1:36pm
Memasuki tahun kelima penganjurannya, program “Kembali Ke Sekolah” adalah komitmen McDonald’s menyumbang kepada komuniti setempat berfokuskan kepada pendidikan. - FOTO RHMC.
Memasuki tahun kelima penganjurannya, program “Kembali Ke Sekolah” adalah komitmen McDonald’s menyumbang kepada komuniti setempat berfokuskan kepada pendidikan. - FOTO RHMC.

RHMC peruntuk lebih RM1.66 juta untuk suntik semangat pelajar

PRIHATIN dengan situasi pandemik tahun ini, McDonald's Malaysia dan Ronald McDonald House Charities (RMHC) sekali lagi kembali menganjurkan program tahunan Kembali Ke Sekolah 2021.

Inisiatif ini memperuntukkan lebih RM1.66 juta bagi membantu lebih 21,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara tahun ini. 

Memasuki tahun kelima penganjurannya, program "Kembali Ke Sekolah" adalah komitmen McDonald's sebagai warga korporat yang sentiasa berusaha untuk menyumbang kepada komuniti setempat berfokuskan kepada pendidikan.

Majlis penyerahan replika cek diadakan di restoran McDonald cawangan Tampin pada 3 Disember lalu.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's merangkap Presiden Ronald McDonald House Charities, Malaysia,  Azmir Jaafar  dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan  Felda Pasir, Mohamad Zain Md Sevan, mewakili pihak sekolah. 

Majlis ini turut disaksikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tampin,  Alias Abdul Samad.

ImageAlias Abdul Samad

Melalui program "Kembali Ke Sekolah", RMHC akan menghulurkan bantuan berupa pek mengandungi beg, botol air, alat tulis dan kasut sekolah.

Inisiatif ini sekali gus dapat mengurangkan beban ibu bapa yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dalam melengkapkan keperluan sekolah baharu anak.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar, berkata program ini adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang juga bertujuan memberi motivasi kepada murid untuk berjaya dalam pendidikan mereka. 

Program berbentuk CSR ini akan dijalankan secara berterusan bertepatan dengan visi McDonald itu sendiri yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan dan makanan yang sempurna serta berkualiti malah turut membantu masyarakat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan 'mock cheque'. 

Beliau berkata, program yang bermula sejak 2017 itu adalah antara inisiatif  tahunan utama anjuran RMHC dan setiap tahun sebanyak 20,000 sehingga 25,000 pek bantuan diagihkan kepada sekolah terpilih. 

"Kita berharap dapat membantu lebih ramai pelajar pada masa akan datang dan sangat mengharapkan sokongan masyarakat untuk RMHC teruskan usaha ini," tambah Azmir.

Setakat tahun ini, hampir RM9 juta telah dibelanjakan untuk pek berkenaan yang diagihkan kepada lebih 95,000 kanak-kanak di seluruh negara.

Berita Harian X