Selasa, 14 Disember 2021 | 8:52am

PRN Sarawak: 872 pengundi awal tunai tanggungjawab

KUCHING: Seramai 872 pengundi terdiri anggota dan pegawai polis serta pasangan mengundi awal di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPK) Sarawak, di sini, yang dibuka jam 7.30 pagi tadi.

Pengundi di pusat itu membabitkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Satok, Tupong dan Samariang.

Empat saluran undi disediakan bagi ketiga-tiga DUN berkenaan di pusat mengundi terbabit.

Anggota polis beratur untuk membuang undi pada hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, Kuching. Seramai 23,043 pengundi awal membabitkan 69 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12. Pengundi awal itu membabitkan 10,458 anggota dan pegawai polis serta pasangan manakala bakinya membabitkan anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - NSTP/AIZUDDIN SAAD

Selain itu, terdapat juga khemah disediakan untuk petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang memakai set pakaian perlindungan diri (PPE) bagi individu yang memakai gelang kuarantin.

Terdahulu, petugas KKM dilihat melakukan sanitasi di pusat mengundi berkenaan kira-kira jam 6 pagi tadi.

Suasana hari pengundian awal Pilihan Raya Ke-12 PRN Sarawak di Ibu Pejabat Polis Sarawak bagi kawasan N6 Tupong, N7 Semariang dan N8 Satok di Mess Pegawai Jalan Badruddin Kuching. - STR/NADIM BOKHARI
Suasana hari pengundian awal Pilihan Raya Ke-12 PRN Sarawak di Ibu Pejabat Polis Sarawak bagi kawasan N6 Tupong, N7 Semariang dan N8 Satok di Mess Pegawai Jalan Badruddin Kuching. - STR/NADIM BOKHARI

Galeri Pengundian awal sempena PRN Sarawak ke-12:

  • Galeri Pengundian awal sempena PRN Sarawak ke-12
  • Anggota dan pegawai polis menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 di IPK Sarawak, hari ini. - Foto NSTP/Nadim Bokhari
    Anggota dan pegawai polis menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 di IPK Sarawak, hari ini. - Foto NSTP/Nadim Bokhari
    Berita Harian X