Khamis, 9 Disember 2021 | 10:29am
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech kepada pelajar sekolah berusia 15 tahun di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Dewan Serbaguna Encore, Melaka. - Foto NSTP/Syafeeq Ahmad
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech kepada pelajar sekolah berusia 15 tahun di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Dewan Serbaguna Encore, Melaka. - Foto NSTP/Syafeeq Ahmad

97.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 97.2 peratus atau 22,746,838 individu bagi populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat jam 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.6 peratus atau 23,067,954 individu bagi populasi dewasa pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 90.1 peratus atau 2,836,326 individu bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, manakala 86.7 peratus atau 2,729,900 individu golongan itu lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, sebanyak 125,838 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 6,322 suntikan dos lengkap, 4,572 dos pertama dan 114,944 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,470,578 dos.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 3,281,238. -

BERNAMA

Berita Harian X