Selasa, 7 Disember 2021 | 6:51pm
FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD
FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD

2 lagi RUU Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa diluluskan

KUALA LUMPUR: Dua lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa diluluskan pada sidang Dewan Rakyat, hari ini, membabitkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Kerja Raya (KKR).

Kedua-dua RUU itu diluluskan melalui undian suara majoriti Ahli Parlimen, seperti diumumkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Terdahulu, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menggulung perbahasan bagi MITI, manakala KKR pula oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Arthur dalam penggulungan perbahasan bagi KKR memaklumkan, dana infra untuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo secara keseluruhan tidak dibatalkan, sebaliknya pembatalan hanya membabitkan Sabah.

"Itu juga antara sebab projek 'financing' (Lebuh Raya Pan Borneo) bagi Sarawak berjalan lancar berbanding di Sabah," katanya.

Berita Harian X