Isnin, 6 Disember 2021 | 6:46pm
Foto NSTP/Aizuddin Saad
Foto NSTP/Aizuddin Saad

RUU Perbekalan 2022 KPKT diluluskan

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diluluskan pada Sidang Parlimen, hari ini.

Perkara itu diputuskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menerusi undian suara majoriti.

Kelulusan berkenaan membabitkan peruntukan RM1.7 bilion bagi Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan Belanjawan 2022.

Seramai 22 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa itu dan Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib menggulung perbahasan.

Berita Harian X