Isnin, 6 Disember 2021 | 5:54pm
Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

RUU Perbekalan Kementerian Kesihatan diluluskan

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan, diluluskan pada Sidang Parlimen hari ini.

Perkara itu diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerusi undian suara majoriti.

Kelulusan berkenaan membabitkan peruntukan RM28.3 bilion bagi Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan Belanjawan 2022.

Terdahulu, kebanyakan Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan masih menyentuh mengenai isu doktor kontrak dan penggunaan kanabis serta ketum dalam perubatan.

Seramai 22 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa berkenaan.

Berita Harian X