Isnin, 6 Disember 2021 | 12:22pm
DUN Lingga menyaksikan enam calon bertanding dalam PRN Sarawak. FOTO NSTP/JOSHUA ERIC
DUN Lingga menyaksikan enam calon bertanding dalam PRN Sarawak. FOTO NSTP/JOSHUA ERIC

Pertembungan 6 penjuru di DUN Lingga

SIMANGGANG: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga bakal menyaksikan pertandingan enam penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan muka baharu, Dayang Noorazah Awang Sohor untuk menggantikan penyandangnya, Dato Simoi Peri bagi mempertahankan DUN Lingga.

Lima calon lain adalah Abang Abdul Kassim Abang Bujang dari PKR, Dato Wan Abdillah Edruce Abdul Rahman, Parti Sarawak Bersatu (PSB), Baha Imam dari Parti Bumi Kenyalang (PBK), Abang Mohd Sepian Abang Daud, Parti Sedar Sarawak (SEDAR) dan Mohd Sepian Abang Daud, Bebas.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Lingga, Mohd Ashree Wee mengumumkan nama calon yang bertanding pada jam 10.30 pagi tadi selepas proses penamaan calon di Dewan Suarah Sri Aman.

Pertembungan kali ini menjadikan DUN Lingga antara 'kerusi panas' pada PRN Sarawak.

Terdahulu, Abang Abdul Kassim menjadi calon terawal tiba di Pusat Penamaan Calon iaitu pada jam 7.25 pagi.

Dayang Noorazah hadir di pusat penamaan calon pada jam 9.11 pagi manakala Mohd Sepian menjadi calon terakhir tiba di situ pada jam 9.27 pagi.

Berita Harian X