Isnin, 6 Disember 2021 | 12:15pm
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Hamzah Brahim (kanan) berdepan saingan empat penjuru bagi perebutan kerusi DUN Stakan. - Foto NSTP/Norsyazwani Nasri
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Hamzah Brahim (kanan) berdepan saingan empat penjuru bagi perebutan kerusi DUN Stakan. - Foto NSTP/Norsyazwani Nasri

Saingan empat penjuru di DUN Stakan

KOTA SAMARAHAN: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Hamzah Brahim menghadapi saingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 ini.

Setiausaha Agung Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof itu ditentang Leslie Ting Xiang Zhi dari DAP, Atet Dego dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan George Young Si Ricord Junior dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Nizam Wang mengesahkan semua calon layak bertanding.

SPR menerima borang penamaan daripada Hamzah sekitar jam 9.01 pagi, Xiang Zhi (9.07 pagi), Si Ricord Junior (9.10 pagi) dan Dego jam 9.14 pagi.

Pada PRN Ke-11 kerusi DUN Stakan dimenangi Datuk Amar Mohd Ali Mahmud yang memperoleh 8,820 undi menewaskan Xiang Zhi dengan 1,778 undi.

Berita Harian X