Isnin, 6 Disember 2021 | 9:12am
 Foto dirakam pada 5 Disember 2021 menunjukkan paras air Sungai Golok masih di tahap amaran dengan bacaan 8.2 meter setakat jam 8.15 pagi dengan trend air menurun. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Foto dirakam pada 5 Disember 2021 menunjukkan paras air Sungai Golok masih di tahap amaran dengan bacaan 8.2 meter setakat jam 8.15 pagi dengan trend air menurun. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Mangsa bah di Rantau Panjang kekal 33 orang

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Rantau Panjang dekat Pasir Mas di sini yang mula dibuka sejak Sabtu lalu, kekal 33 orang setakat 9 pagi ini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz, berkata 33 mangsa daripada enam keluarga itu termasuk seorang warga emas dan 12 kanak-kanak ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh.

"Semua mangsa masih di PPS berikutan banjir belum pulih yang berkemungkinan disebabkan fenomena air 'termenung' di penempatan mereka dan kita berharap cuaca semakin baik agar mangsa dapat pulang ke kediaman masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran negeri memaklumkan, setakat 9 pagi ini, Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan bacaan melebihi paras waspada iaitu 7.54 meter (waspada 7 meter) dengan trend menurun. – BERNAMA

Berita Harian X