Isnin, 6 Disember 2021 | 7:23am
Pekerja kontraktor yang dilantik SPR melakukan kerja sanitasi sebelum dewan penamaan dibuka jam 9 pagi di Pusat Penamaan Calon N3 Tanjong Datu, Dewan Masyarakat Lundu. - Foto BERNAMA
Pekerja kontraktor yang dilantik SPR melakukan kerja sanitasi sebelum dewan penamaan dibuka jam 9 pagi di Pusat Penamaan Calon N3 Tanjong Datu, Dewan Masyarakat Lundu. - Foto BERNAMA

LANGSUNG penamaan calon PRN-12 Sarawak

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak (PRN-12 Sarawak) bermula dengan proses penamaan calon bagi semua 82 kerusi, pagi ini.

Kertas penamaan calon dikemukakan bermula jam 9 pagi hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) di setiap pusat penamaan calon (PPC).

Berita Harian (BH) membawa laporan langsung proses penamaan calon daripada wartawan kami, M Hifzuddin Ikhsan, Adib Povera, Saiful Haizan Hasam, Mohd Roji Kawi, Mohd Iskandar Ibrahim, Hana Naz Harun, Nor Ain Mohamed Radhi, Nurul Hidayah Bahaudin, Goh Pei Pei, Norsyazwani Nasri, Melvin Joni dan Joshua Eric serta jurugambar, Aizuddin Saad dan Nadim Bokhari, di beberapa pusat penamaan calon.

------------------------------------------------------------------

2.25 petang: Tempoh rasmi berkempen bermula selepas pengisytiharan calon pilihan raya sehingga 11.59 malam 17 Disember ini - Pengerusi SPR

Sidang Media oleh Pengarah SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh di Bangunan Sultan Iskandar Simpang Tiga. - NSTP/Nadim Bokhari
Sidang Media oleh Pengarah SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh di Bangunan Sultan Iskandar Simpang Tiga. - NSTP/Nadim Bokhari

2.25 petang: Calon paling tua berusia 79 tahun di Bawang Assan, paling muda berumur 24 tahun di Batu Lintang dan Nangka - Pengerusi SPR

Lapan calon yang akan bertanding di DUN Dudong. - NSTP/Mohd Roji Kawi
Lapan calon yang akan bertanding di DUN Dudong. - NSTP/Mohd Roji Kawi

2.23 petang: Pertandingan lapan penjuru di DUN Dudong, enam penjuru di tujuh DUN, lima penjuru (24 DUN), empat penjuru (33), tiga penjuru (13) dan satu lawan satu (4) - Pengerusi SPR

2.19 petang: Seramai 349 calon bertanding dalam PRN-12 Sarawak; membabitkan 45 calon wanita dan 30 calon Bebas - Pengerusi SPR

10.21 pagi: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak menggunakan dron yang dilengkapi pembesar suara untuk memberi peringatan kepada penyokong parti yang berada di sekitar pusat penamaan calon DUN Gedong supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di tempat awam seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup hidung dan mulut

10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Ashree Wee mengumumkan waktu penyerahan borang pencalonan bagi DUN Lingga ditutup.

10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kerusi DUN Dudong, Abdul Razak Awang Bini mengumumkan waktu penerimaan kertas pencalonan tamat.

10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Gustian Durani mengumumkan waktu penyerahan borang pencalonan bagi DUN Tanjong Datu ditutup.

10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Theresa Korina Peter Legi,  mengumumkan waktu penyerahan borang pencalonan bagi DUN Padungan ditutup.

9.45 pagi: Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dan rombongan melakukan pemantauan mengejut terhadap proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon N28 Lingga, Dewan Suarah Sri Aman dekat Bandar Simanggang.

9.40 pagi: Empat calon mengemukakan borang pencalonan bagi kerusi DUN Tanjong Datu. Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Azizul Annuar Adenan akan dicabar calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Jeryin Pauzi; calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Goem Piyar dan calon Parti Bebas Abdul Talip Ba'ew. Seorang lagi calon Bebas iaitu Ali Seman Ibrahim yang hadir jam 8.45 pagi tadi dilihat belum menghantar borang pencalonan setakat jam 9.45 pagi. Ketika ini, proses penelitian sedang dijalankan dan Pegawai Pengurus Pilihanraya bagi kerusi DUN Tanjong Datu, Gustian Durani dijangka mengumumkan senarai rasmi calon bertanding pada jam 10 pagi ini.

9.30 pagi: Lapan calon mengemukakan borang pencalonan bagi kerusi DUN Dudong.Ia bakal menyaksikan menyaksikan pertembungan antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Tiong King Sing yang akan dicabar calon DAP, Paul Ling, calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Wong Hie Ping, calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Julius  Enchane, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Jane Lau Sing Wee dan calon Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Josephine Lau Kiew Peng.Turut bertanding dua calon Bebas, Engga Unchat dan Fadhil Mohamad Isa.Ketika ini, proses penelitian sedang dijalankan dan Pegawai Pengurus Pilihanraya bagi kerusi DUN Dudong, Abdul Razak Awang Bini dijangka mengumumkan senarai rasmi calon bertanding pada jam 10 pagi ini.

9.10 pagi: Calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Jane Lau Sing Wee,  tiba di pusat penamaan calon di Perpustakaan Awam Sibujaya bersama penyokong Tiong Chai Wee dan pencadangnya, Wong Bak Ling.

9.10 pagi: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) turun padang memberi sokongan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Gedong, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

9.02 pagi: Calon baru Gabungan Parti Sarawak (GPS) Stakan, Datuk Hamzah Brahim (tengah), diiringi pencadang Daily Joseph dan penyokong Lela Adini menyerahkan borang penamaan calon kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Nizam Wang

9.02 pagi: Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Wong Hie Ping, tiba di pusat penamaan calon di Perpustakaan Awam Sibujaya bersama penyokong Bansa Sandah dan pencadangnya, Kong Tze Ling.

9 pagi: Calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) bagi kerusi DUN Batu Kawah, Fong Pau Teck tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Majlis Perbandaran Padawan.

9 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Nizam Wang mengumumkan pusat penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Dewan Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak Kota Samarahan mula dibuka mulai jam 9 pagi

9 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Theresa Korina Peter, mengumumkan Pusat Penamaan Calon N9 DUN Padungan dibuka bagi penyerahan borang pencalonan.

8.59 pagi: Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkumpul memberi sokongan kepada Pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg tidak jauh dari pusat penamaan calon DUN Gedong.

8.55 pagi: Calon Bebas Abdul Talip Baa'ee (kanan) bagi kerusi DUN Tanjong Datu, tiba di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu bersama pencadang, Mohd Yamin Daud (tengah) dan penyokong, Midin Sahdan (kiri).

8.55 pagi: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg tiba di pusat penamaan calon DUN Gedong bersama pencadang dan penyokongnya.

8.53 pagi: Calon-calon yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 masih menunggu proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Dewan Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak Kota Samarahan

8.49 pagi: Pihak polis mengawal keselamatan bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan di Pusat Penamaan Calon Dewan Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak Kota Samarahan

8.45 pagi: Calon Bebas Ali Seman Ibrahim (kanan) bagi kerusi DUN Tanjung Datu, tiba di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu bersama pencadang, Mozer Narawi (tengah) dan penyokong, Awang Rosli Awang Busri (kiri).

8.45 pagi: Calon DAP bagi DUN Batu Kitang, Abdul Aziz Isa Marindo tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Majlis Perbandaran Padawan.

8.44 pagi: Suasana di luar pusat penamaan calon DUN Gedong di Dewan Masyarakat Gedong yang mula sibuk dengan kehadiran petugas media.

8.43 pagi: Calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Josephine Lau Kiew Peng tiba di pusat penamaan calon di Perpustakaan Awam Sibujaya bersama penyokong Ann Kiew Ang Li dan pencadangnya, Ling Hear Ho.

8.43 pagi: Calon Parti Amanah Negara (AMANAH), Kamal Bujang (tengah) tiba di pusat penamaan calon DUN Gedong bersama pencadang dan penyokongnya.

8.40 pagi: Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Jeryin Pauzi (kanan) bagi kerusi DUN Tanjung Datu, tiba di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu bersama pencadang, Linda Binet (tengah) dan penyokong, Chang Siew Nyan (kiri).

8.40 pagi: Calon DAP, Paul Ling tiba di pusat penamaan calon di Perpustakaan Awam Sibujaya bersama penyokong Tiang Ing Kee dan pencadangnya, Ling Kah Nging.

8.40 pagi: Calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) bagi DUN Batu Kawah, Chai Kueh Khun tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Majlis Perbandaran Padawan.

8.40 pagi: Calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Tomson Ango tiba di pusat penamaan calon DUN Gedong di Dewan Masyarakat Gedong.

8.38 pagi: Calon baru Gabungan Parti Sarawak (GPS) Stakan, Datuk Hamzah Brahim (tengah), diiringi pencadang Daily Joseph dan penyokong Lela Adini tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak Kota Samarahan

8.30 pagi: Pengerusi DAP Sarawak yang juga calon bagi DUN N9 Padungan, Chong Chieng Jen tiba di Pusat Penamaan Calon di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

8.25 pagi: Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) George Young Si Ricord Junior (tengah) bersama penyokong, Hamzah Bojeng (kiri) dan pencadang James Nigad tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak Kota Samarahan

8.20 pagi: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Tiong King Sing tiba di pusat penamaan calon di Perpustakaan Awam Sibujaya bersama penyokong Teo Boon Siew dan pencadangnya, Sang Blabut.

8.20 pagi: Calon GPS bagi DUN N9 Padungan, Datuk Wee Hong Seng tiba di Pusat Penamaan Calon di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

8.20 pagi: Calon DAP bagi kerusi Batu Kawah, Dr Kelvin Yii tiba di pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Padawan.

8.18 pagi: Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, Mohamad Sofian Fariz Sarbini memasuki sebuah warung di pekarangan pusat penamaan calon untuk bersarapan bersama penyokongnya.

8.15 pagi: Raymond Thong Ee Yu, calon dari Parti Bumi Kenyalang tiba di Pusat Penamaan Calon DUN N9 Padungan di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS)

8.10 pagi: Calon GPS bagi kerusi DUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan tiba di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu.

8.10 pagi: Anggota polis dan anggota RELA melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan yang memasuki Dewan Masyarakat Lundu yang dijadikan sebagai pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu.

8.05 pagi: Calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) bagi kerusi DUN Dudong, Julius Enchane tiba di pusat penamaan calon di Perpustakaan Awam Sibujaya bersama penyokong Vincent Nawin dan pencadangnya, Wen Achad

8.03 pagi: Bakal calon Bebas bagi kerusi DUN Dudong, Fadhil Mohamad Isa tiba di pusat penamaan calon di Perpustakaan Awam Sibujaya bersama penyokong Nur Suraya Abdullah dan pencadangnya, Annuar Hamdi.

8 pagi: Pasukan polis mula berkawal di dewan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), lokasi Pusat Penamaan Calon bagi DUN Padungan, Pending dan Batu Lintang.

7.50 pagi: Anggota polis bersiap sedia untuk mengawal keselamatan di pekarangan pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong.

Petugas KKM melakukan semburan sanitasi sebelum proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon DUN N26 Gedong, Dewan Masyarakat Gedong, Kampung Gedong. - NSTP/Aizuddin Saad
Petugas KKM melakukan semburan sanitasi sebelum proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon DUN N26 Gedong, Dewan Masyarakat Gedong, Kampung Gedong. - NSTP/Aizuddin Saad

7.10 pagi: Bakal calon Bebas, Engga Unchat (tengah) tiba di pusat penamaan calon bagi kerusi DUN Dudong di Perpustakaan Awam Sibujaya bersama pencadang Labang Muli (kiri) dan penyokongnya Raynold felister Kebin.

7.09 pagi: Anggota polis bersedia mengawal pusat penamaan calon bagi kawasan DUN Dudong di Perpustakaan Awam Sibujaya.

Berita Harian X