Khamis, 2 Disember 2021 | 4:17pm
Kakitangan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang menerima suntikan dos penggalak vaksin Pfizer-BioNTech bagi meningkatkan sistem imun badan bagi mendapatkan perlindungan optimum daripada jangkitan COVID-19. - Foto NSTP
Kakitangan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang menerima suntikan dos penggalak vaksin Pfizer-BioNTech bagi meningkatkan sistem imun badan bagi mendapatkan perlindungan optimum daripada jangkitan COVID-19. - Foto NSTP

Kerajaan tidak cadang wajibkan dos penggalak sebagai syarat lengkap vaksinasi

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menjadikan pengambilan dos penggalak sebagai syarat wajib buat masa ini untuk melengkapkan dos vaksin COVID-19 bagi rakyat negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata seperti vaksin dos pertama dan kedua, pengambilan dos penggalak adalah secara sukarela.

"Walaupun peratusan (penerimaan) dos penggalak agak perlahan iaitu hanya 10.83 peratus sahaja setakat ini, tetapi kita tidak boleh jadikan booster (dos penggalak) sebagai wajib.

"Tetapi dengan munculnya varian yang membimbangkan (VOC) Omicron, kita sarankan agar dos penggalak ini diambil," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) mengenai sama ada Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjadikan dos penggalak sebagai syarat lengkap vaksin COVID-19 susulan terdapat 30 hingga 40 peratus penerima dua dos vaksin menolak untuk mengambil dos penggalak.

Aaron berkata, KKM akan terus giat melaksanakan langkah dan kempen bagi memastikan penerima dos lengkap vaksin menerima dos penggalak.

Berita Harian X