Rabu, 1 Disember 2021 | 10:21pm
Sebahagian pelajar Sekolah Seri Puteri dikuarantin. - Foto Facebook
Sebahagian pelajar Sekolah Seri Puteri dikuarantin. - Foto Facebook

60 pelajar Sekolah Seri Puteri positif

KUALA LUMPUR: Seramai 60 pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang positif COVID-19 dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, berkata baki pelajar masih ditempatkan di asrama menunggu ujian saringan COVID-19 dilakukan untuk mereka.

Beliau melakukan tinjauan ke sekolah berkenaan malam ini.

Terdahulu tular mengenai jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah itu hingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa.

Ibu bapa pelajar mendesak ujian saringan ke atas anak mereka dijalankan segera supaya pelajar dengan keputusan ujian negatif boleh pulang ke rumah. Radzi berkata, mereka yang menjadi kontak rapat juga dikuarantin.

Radzi melawat Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya, malam ini. - Foto Facebook
Radzi melawat Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya, malam ini. - Foto Facebook

Berita Harian X