Khamis, 25 November 2021 | 11:54pm
Alexander Nanta Linggi. FOTO NSTP
Alexander Nanta Linggi. FOTO NSTP

KPDNHEP lapor polis isu persenda rakyat

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini membuat laporan polis susulan isu kenyataan serta gambar tular mempersenda kesusahan rakyat semalam.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan tidak sensitif itu dan menyifatkan perkara itu sebagai fitnah.

"Saya dengan jelas ingin menyatakan di sini saya tidak pernah membuat kenyataan rakyat perlu makan itik. Saya tidak pernah buat begitu, itu fitnah.

"KPDNHEP membuat laporan polis mengenai isu ini dan saya kesal dengan perbuatan fitnah sebegini. Kalau terdesak pun, jangan lakukannya," katanya kepada pemberita, hari ini.

Semalam, dilaporkan terdapat satu kenyataan dibuat susulan sekeping gambar tular kononnya menunjukkan Alexander menggesa pengguna di Malaysia makan itik sementara menunggu kerajaan mengkaji kenaikan harga ayam. – BERNAMA

Berita Harian X