Khamis, 25 November 2021 | 7:46pm
NSTP/AIZUDDIN SAAD
NSTP/AIZUDDIN SAAD

RUU Perbekalan 3 lagi kementerian diluluskan

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi tiga lagi kementerian, diluluskan di Dewan Rakyat dengan undian suara majoriti, hari ini.

Ia membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI); Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC); serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Bagi MAFI, diperuntukkan sebanyak RM3.28 bilion anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Sementara itu, RUU Perbekalan bagi MOTAC pula diluluskan pada sesi sebelah petang.

Sebanyak RM1.96 bilion anggaran perbelanjaan mengurus diluluskan bersama perbelanjaan pembangunan.

Untuk KPDNHEP, sebanyak RM1.94 bilion diluluskan bagi anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Berita Harian X