KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan, diluluskan pada sidang Parlimen, hari ini.
Perkara itu diputuskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, menerusi undian suara majoriti.
Kelulusan itu membabitkan peruntukan RM15,946,434,600 bagi Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan Belanjawan 2022.
Tiada Ahli Parlimen yang bangun meminta pengundian belah bahagian dilakukan.
Seramai 19 ahli Dewan Rakyat berbahas pada peringkat jawatankuasa RUU itu sejak jam 12 tengah hari dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menggulung perbahasan.