Selasa, 23 November 2021 | 10:27pm

Projek EKVE antara punca banjir lumpur

AMPANG: Pembinaan projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dipercayai turut menjadi punca menyebabkan banjir lumpur di Kampung Lembah Jaya Utara di sini semalam.

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata tanah yang tergelongsor dari projek EKVE berhampiran masuk ke Sungai Ampang mengakibatkan sungai berkenaan menjadi cetek.

Keadaan sungai yang cetak mengakibatkan ia tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak sehingga melimpah kerana hujan lebat selama lima jam semalam.

"Lumpur disebabkan pembinaan EKVE. Jadi tanah terlonggok (dari projek itu) masuk dalam longkang dan (mengalir) ke sungai. Bila hujan, hujan tarik tanah masuk ke dalam sungai sehingga menyebabkan sungai cetek dan itu (banjir lumpur) berlaku.

"Saya difahamkan hujan (semalam) selama lima jam. Ia menghasilkan 140 milimeter (mm) yang mana Sungai Ampang hanya boleh menampung sebanyak 60mm. Jadi dua kali ganda dan ia mengakibatkan air melimpah keluar sehingga terjadi banjir kerana ada lumpur pembinaan yang tersangkut dalam sungai, longkang dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pangsapuri Desa Lembah Permai dan sekitar kampung yang terjejas petang semalam.

Zuraida (kanan) beramah mesra bersama mangsa banjir ketika melawat ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa dalam kejadian banjir kilat semalam di Kampung Lembah Jaya Utara, Bukit Belacan, Ampang. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Ini adalah kali ketiga banjir di kawasan itu selepas tahun 2007 dan 2012.

Zuraida berkata bagaimanapun pada kali ini, banjir tidak seteruk tahun sebelumnya kerana air tidak dilepaskan dari empangan.

Berhubung kemusnahan infrastruktur dan harta benda penduduk akibat banjir lumpur di kawasan itu, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berkata pihaknya akan membincangkan dengan pihak EKVE mengenai hal itu sekiranya membabitkan kerosakan secara teruk.

Mengulas tindakan yang mungkin akan diambil terhadap EKVE, Zuraida meminta supaya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk melihat perkara itu sama ada ada berlaku kecuaian dilakukan syarikat berkenaan.

Penduduk mengemas semula rumah mereka selepas dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di Kampung Lembah Jaya Utara, Bukit Belacan, Ampang. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin meninjau rumah penduduk susulan banjir kilat di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang hari ini. Kebanyakan penduduk melakukan kerja pembersihan selepas rumah mereka diselaputi lumpur tebal akibat kejadian itu. - Foto BERNAMA

Berita Harian X