Selasa, 23 November 2021 | 4:38pm
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Sadique. - foto BERNAMA
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Sadique. - foto BERNAMA

RUU Perbekalan 2022 Kementerian Perpaduan Negara lulus

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa Kementerian Perpaduan Negara diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Perkara itu putuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerusi undian suara majoriti.

Kelulusan itu membabitkan peruntukan RM342,528,400 bekalan B14 Perbelanjaan Mengurus serta P14 bagi Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2022.

Tiada ahli Parlimen yang bangun berdiri meminta undian belah bahagian dilakukan.

Seramai 23 ahli Dewan Rakyat berbahas peringkat jawatankuasa RUU itu sejak jam 12 tengah hari dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menggulung perbahasan.

Berita Harian X