Selasa, 23 November 2021 | 10:29am
Sebanyak 82.5 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat malam tadi.- Foto fail NSTP
Sebanyak 82.5 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat malam tadi.- Foto fail NSTP

2.59 juta populasi remaja negara lengkap divaksinasi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,597,622 individu atau 82.5 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman COVIDNOW, sebanyak 2,758,317 individu atau 87.6 peratus bagi populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, 95.7 peratus atau 22,413,570 individu telah lengkap vaksinasi manakala 97.9 peratus atau 22,930,251 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 109,016 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 11,912 suntikan dos lengkap, 4,941 menerima dos pertama dan 92,163 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,082,943.

– BERNAMA

Berita Harian X