Isnin, 22 November 2021 | 10:15pm

Hujan lebat sebabkan banjir kilat di Ampang

KUALA LUMPUR: Hujan lebat hampir tiga jam di sekitar Lembah Klang sejak lewat petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Ampang iaitu Taman Hillview, Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan, dilanda banjir kilat.

Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 petang, menggerakkan dua jentera FRT bersama 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan dan BBP Ampang ke lokasi untuk operasi menyelamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata hujan lebat berterusan menyebabkan tiga kawasan itu dilimpahi banjir kilat setinggi antara 0.3 meter hingga 1.5 meter.

Hujan lebat hampir tiga jam di sekitar Lembah Klang sejak lewat petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Ampang iaitu Taman Hillview, Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan, dilanda banjir kilat. - Foto ihsan pembaca

Hujan lebat berterusan di kawasan Ampang menyebabkan beberapa kawasan itu dilimpahi banjir kilat setinggi antara 0.3 meter hingga 1.5 meter. - Foto ihsan pembaca

Hujan lebat hampir tiga jam di sekitar Lembah Klang sejak lewat petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Ampang. - Foto ihsan Bomba

"Banjir kilat turut menyebabkan tiga penduduk terperangkap dalam kediaman yang dinaiki air dan anggota kita menjalankan operasi mengeluarkan semua mangsa ke tempat selamat.

"Pada masa ini, keadaan air semakin surut dan pemantauan akan terus dijalankan di lokasi secara berterusan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, katanya dua keluarga terdiri tiga dewasa dan lapan kanak-kanak termasuk seorang bayi berusia setahun dilaporkan terperangkap di seberang sungai akibat kepala air ketika berkelah di Air Terjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali petang tadi.

"Pasukan bomba dari BBP Bukit Sentosa digerakkan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian pada jam 7.26 petang.

"Usaha menyelamat baru selesai dijalankan sekitar jam 9.45 malam tadi dan kesemua mangsa selamat," katanya.

Hujan lebat hampir tiga jam di sekitar Lembah Klang sejak lewat petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Ampang. - Foto ihsan Bomba
Hujan lebat hampir tiga jam di sekitar Lembah Klang sejak lewat petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Ampang. - Foto ihsan Bomba

Hujan lebat hampir tiga jam di sekitar Lembah Klang sejak lewat petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Ampang. - Foto ihsan Bomba
Hujan lebat hampir tiga jam di sekitar Lembah Klang sejak lewat petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Ampang. - Foto ihsan Bomba
Berita Harian X