Isnin, 22 November 2021 | 8:18pm
Azhar Azizan Harun. - Foto fail NSTP
Azhar Azizan Harun. - Foto fail NSTP

RUU Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa JPM diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) di peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Perkara itu putuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerusi undian suara majoriti.

Kelulusan itu membabitkan Kepala Bekalan B1 hingga B9 dan B40 serta Kepala Pembangunan P6 dan P7 Bajet 2022.

Tiada ahli Parlimen yang bangun berdiri meminta undian belah bahagian dilakukan.

Terdahulu, lima menteri portfolio di bawah JPM selesai menggulung selepas ia dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen bermula jam 11.30 pagi tadi.

Berita Harian X