Ahad, 21 November 2021 | 11:33am
Anggota APM Kubang Pasu memasang khemah pada Jumaat lalu untuk menempatkan mangsa banjir di PPS. - NSTP/IHSAN APM
Anggota APM Kubang Pasu memasang khemah pada Jumaat lalu untuk menempatkan mangsa banjir di PPS. - NSTP/IHSAN APM

31 penduduk Kubang Pasu dipindahkan akibat banjir

KUBANG PASU: Hujan lebat lebih dua jam bermula 5.30 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini terjejas akibat banjir.

Berikutan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Kampung Lahar, malam tadi yang menempatkan 31 penduduk daripada tujuh keluarga dari Kampung Lahar dan Kampung Paya Tok Keong di Mukim Lahar.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff, berkata PPS itu dibuka jam 9 malam tadi.

"Kawasan lain turut dinaiki air adalah di Jalan Changlun-Jitra (hadapan Taman Jelutong) hingga menyebabkan kesesakan di sepanjang laluan lebuh raya Jitra-Changlun di kedua-dua arah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, paras air juga dilaporkan naik di Kampung Lahar dan Paya Tok Keong hingga penduduk di kawasan rendah terpaksa berpindah.

"Selain itu, beberapa kawasan di sepanjang Jalan Kodiang - Changlun juga dilaporkan digenangi air," katanya.

Berita Harian X