Ahad, 21 November 2021 | 11:06am
Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tun Mohd Ali Mohd Rustam, malam tadi. NSTP/Amir Mamat
Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tun Mohd Ali Mohd Rustam, malam tadi. NSTP/Amir Mamat

'Janji beri khidmat terbaik' - Sulaiman

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali bersama barisan kepemimpinan berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat negeri ini.

Sulaiman selesai mengangkat sumpah jawatan itu malam tadi selepas Barisan Nasional (BN) menang 21 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, semalam.

"Alhamdulillah, malam tadi saya selesai mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka Ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

"Buat rakyat Melaka, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada BN bagi Penggal Ke-15," katanya dalam hantaran terbaru di Facebook.

Beliau berkata, pencapaian terbaik BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah cerminan rakyat untuk memiliki sebuah kerajaan yang stabil, demi kemakmuran ekonomi.

Sulaiman turut mempertahankan kerusi DUN Lendu yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Pada PRN Melaka semalam, BN selesa membentuk kerajaan dengan 21 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) sekadar menang lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) hanya dua kerusi.

KEPUTUSAN RASMI

 KERUSIPARTIYANG MENANG
 N1 Kuala LinggiBN-UMNOROSLI ABDULLAH
 N2 Tanjung BidaraBN-UMNODATUK SERI AB RAUF
 N3 Ayer LimauBN-UMNODATUK HAMEED BASHEER
 N4 LenduBN-UMNODATUK SERI SULAIMAN MD ALI
 N5 Taboh NaningBN-UMNOZULKIFLEE MOHD ZIN
 N6 RembiaBN-UMNODATUK MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
 N7 GadekBN-MICP SHANMUGAM
 N8 Machap JayaBN-MCANGWE HEE SEM
 N9 Durian TunggalBN-UMNOZAHARI ABD KALIL
 N10 AsahanBN-UMNOFAIRUL NIZAM ROSLAN
 N11 Sungai UdangPN-BERSATUDR MOHD ALEEF YUSOF
 N12 Pantai KundorBN-UMNOTUMINAH KADI @ MOHD HASHIM
 N13 Paya RumputBN-UMNODATUK RAIS YASIN
 N14 KelebangBN-MCADATUK LIM BAN HONG
 N15 Pengkalan BatuBN-UMNODATUK KALSOM NOORDIN
 N16 Ayer KerohPH-DAPKERK CHEE YEE
 N17 Bukit KatilPH-AMANAHADLY ZAHARI
 N18 Ayer MolekBN-UMNODATUK RAHMAD MARIMAN
 N19 KesidangPH-DAPSEAH SHOO CHIN
 N20 Kota LaksamanaPH-DAPLOW CHEE LEONG
 N21 DuyongBN-UMNOMOHD NOOR HELMY ABDUL HALEM
 N22 Bandar HilirPH-DAPLENG CHAU YEN
 N23 Telok MasBN-UMNODATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN
 N24 BembanPN-BERSATUDR MOHD YADZIL YAAKUB
 N25 RimBN-UMNODATUK KHAIDHIRAH ABU ZAHAR
 N26 SerkamBN-UMNODATUK ZAIDI ATTAN
 N27 MerlimauBN-UMNODR MUHAMAD AKMAL SALEH
 N28 Sungai RambaiBN-UMNOSITI FAIZAH ABDUL AZIS

KEDUDUKAN TERKINI BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA:

  • Barisan Nasional (BN) - 21 kerusi
  • Pakatan Harapan (PH) - 5 kerusi
  • Perikatan Nasional (PN) - 2 kerusi

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

Berita Harian X