Ahad, 21 November 2021 | 11:00am
DARI kiri; Dr Mohd Aleef Yusof, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Kerk Chee Yee.
DARI kiri; Dr Mohd Aleef Yusof, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Kerk Chee Yee.

Calon muda belum mampu yakinkan pengundi Melaka

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam menyaksikan hanya tiga calon muda berusia 35 tahun ke bawah berjaya memperoleh mandat daripada pengundi untuk bergelar wakil rakyat.

Seramai 21 calon atau 19 peratus daripada keseluruhan 112 calon yang bertanding berumur 35 tahun dan ke bawah.

Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan sembilan calon muda, Pakatan Harapan (PH) dengan enam, Barisan Nasional (BN) menamakan dua dan seorang daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), manakala tiga lagi adalah calon Bebas.

Calon BN, Dr Muhamad Akmal Saleh, 33, memperoleh majoriti besar dengan 3,248 undi dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, menewaskan Azrin Ab Majid (PH) dan Abd Alim Shapie (PN).

Dr Mohd Aleef Yusof, 35, yang mewakili PN pula memperoleh kemenangan di DUN Sungai Udang menewaskan tiga pencabarnya dengan majoriti 530 undi, mengatasi Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (BN), Hasmorni Tamby (PH) dan calon Bebas, Mohd Zahar Hashim.

Bagi calon muda PH, hanya Kerk Chee Yee, 29, mendapat mandat selesa daripada pengundi di DUN Ayer Keroh apabila memperoleh undi majoriti sebanyak 5,624.

Calon muda lain ternyata masih belum mampu meyakinkan pengundi apabila mereka dilihat lebih mengutamakan calon yang mempunyai pengalaman.

Farzana Hayani Mohd Nasir, 21, calon paling muda yang mewakili PH dianggap paling mendapat perhatian sewaktu kempen pilihan raya, tetapi hanya mampu memperoleh 1,356 undi dalam pertembungan empat penjuru di DUN Sungai Rambai.

Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mewakili PKR itu tewas kepada calon BN, Siti Faizah Abdul Azis yang memperoleh 3,801 undi, manakala calon PN, Muhammad Jefri Safry mendapat 2,664 undi dan calon PUTRA, Nazatul Asyraf Md Dom meraih 84 undi. - BERNAMA

KEPUTUSAN RASMI

 KERUSIPARTIYANG MENANG
 N1 Kuala LinggiBN-UMNOROSLI ABDULLAH
 N2 Tanjung BidaraBN-UMNODATUK SERI AB RAUF
 N3 Ayer LimauBN-UMNODATUK HAMEED BASHEER
 N4 LenduBN-UMNODATUK SERI SULAIMAN MD ALI
 N5 Taboh NaningBN-UMNOZULKIFLEE MOHD ZIN
 N6 RembiaBN-UMNODATUK MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
 N7 GadekBN-MICP SHANMUGAM
 N8 Machap JayaBN-MCANGWE HEE SEM
 N9 Durian TunggalBN-UMNOZAHARI ABD KALIL
 N10 AsahanBN-UMNOFAIRUL NIZAM ROSLAN
 N11 Sungai UdangPN-BERSATUDR MOHD ALEEF YUSOF
 N12 Pantai KundorBN-UMNOTUMINAH KADI @ MOHD HASHIM
 N13 Paya RumputBN-UMNODATUK RAIS YASIN
 N14 KelebangBN-MCADATUK LIM BAN HONG
 N15 Pengkalan BatuBN-UMNODATUK KALSOM NOORDIN
 N16 Ayer KerohPH-DAPKERK CHEE YEE
 N17 Bukit KatilPH-AMANAHADLY ZAHARI
 N18 Ayer MolekBN-UMNODATUK RAHMAD MARIMAN
 N19 KesidangPH-DAPSEAH SHOO CHIN
 N20 Kota LaksamanaPH-DAPLOW CHEE LEONG
 N21 DuyongBN-UMNOMOHD NOOR HELMY ABDUL HALEM
 N22 Bandar HilirPH-DAPLENG CHAU YEN
 N23 Telok MasBN-UMNODATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN
 N24 BembanPN-BERSATUDR MOHD YADZIL YAAKUB
 N25 RimBN-UMNODATUK KHAIDHIRAH ABU ZAHAR
 N26 SerkamBN-UMNODATUK ZAIDI ATTAN
 N27 MerlimauBN-UMNODR MUHAMAD AKMAL SALEH
 N28 Sungai RambaiBN-UMNOSITI FAIZAH ABDUL AZIS

KEDUDUKAN TERKINI BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA:

  • Barisan Nasional (BN) - 21 kerusi
  • Pakatan Harapan (PH) - 5 kerusi
  • Perikatan Nasional (PN) - 2 kerusi

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

Berita Harian X