Ahad, 21 November 2021 | 10:17am
Tuminah Kadi bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah selepas diumumkan menang kerusi DUN Pantai Kundor, malam tadi. - NSTP/HASSAN OMAR
Tuminah Kadi bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah selepas diumumkan menang kerusi DUN Pantai Kundor, malam tadi. - NSTP/HASSAN OMAR

'Saya akan balas kepercayaan pengundi' - Tuminah

MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN), Tuminah Kadi yang menang di Pantai Kundor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam, berikrar melaksanakan segala janji kepada anggota komuniti kawasan berkenaan.

Beliau berkata, kemenangannya bakal disusuli dengan usaha tidak mengenal letih untuk membantu memajukan ekonomi Pantai Kundor, terutama dari aspek pembangunan perindustrian dan perkilangan.

"Alhamdulillah segala usaha saya dan jentera BN untuk meyakinkan pengundi mengenai kemampuan BN menjamin kelangsungan kemajuan diterima baik. Insya-Allah saya akan membalas kepercayaan pengundi dengan mengotakan janji untuk meingkatkan kemajuan di kawasan ini," katanya.

Tuminah, 55, berkata keputusan itu membuktikan BN masih diberikan keyakinan oleh rakyat untuk mentadbir Melaka bagi menghadapi cabaran pada masa depan.

Katanya, pandemik COVID-19 yang masih membelenggu kehidupan rakyat harus terus ditangani dengan penjagaan prosedur operasi standard (SOP), tetapi pada masa yang sama aktiviti ekonomi harus terus berjalan.

Beliau menegaskan, walaupun ada pihak tertentu menjangka BN tewas berikutan peratusan keluar mengundi yang agak rendah, keadaan sebenar tetap berpihak kepada BN.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab walaupun terpaksa berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.

Tuminah memperoleh 3,960 undi, manakala Mohd Ridzwan Mustafa daripada Perikatan Nasional (3,133 undi) dan penyandang kerusi, Datuk Nor Azman Hassan yang dilucutkan keahlian UMNO dan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (2,799 undi).

KEPUTUSAN RASMI

 KERUSIPARTIYANG MENANG
 N1 Kuala LinggiBN-UMNOROSLI ABDULLAH
 N2 Tanjung BidaraBN-UMNODATUK SERI AB RAUF
 N3 Ayer LimauBN-UMNODATUK HAMEED BASHEER
 N4 LenduBN-UMNODATUK SERI SULAIMAN MD ALI
 N5 Taboh NaningBN-UMNOZULKIFLEE MOHD ZIN
 N6 RembiaBN-UMNODATUK MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
 N7 GadekBN-MICP SHANMUGAM
 N8 Machap JayaBN-MCANGWE HEE SEM
 N9 Durian TunggalBN-UMNOZAHARI ABD KALIL
 N10 AsahanBN-UMNOFAIRUL NIZAM ROSLAN
 N11 Sungai UdangPN-BERSATUDR MOHD ALEEF YUSOF
 N12 Pantai KundorBN-UMNOTUMINAH KADI @ MOHD HASHIM
 N13 Paya RumputBN-UMNODATUK RAIS YASIN
 N14 KelebangBN-MCADATUK LIM BAN HONG
 N15 Pengkalan BatuBN-UMNODATUK KALSOM NOORDIN
 N16 Ayer KerohPH-DAPKERK CHEE YEE
 N17 Bukit KatilPH-AMANAHADLY ZAHARI
 N18 Ayer MolekBN-UMNODATUK RAHMAD MARIMAN
 N19 KesidangPH-DAPSEAH SHOO CHIN
 N20 Kota LaksamanaPH-DAPLOW CHEE LEONG
 N21 DuyongBN-UMNOMOHD NOOR HELMY ABDUL HALEM
 N22 Bandar HilirPH-DAPLENG CHAU YEN
 N23 Telok MasBN-UMNODATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN
 N24 BembanPN-BERSATUDR MOHD YADZIL YAAKUB
 N25 RimBN-UMNODATUK KHAIDHIRAH ABU ZAHAR
 N26 SerkamBN-UMNODATUK ZAIDI ATTAN
 N27 MerlimauBN-UMNODR MUHAMAD AKMAL SALEH
 N28 Sungai RambaiBN-UMNOSITI FAIZAH ABDUL AZIS

KEDUDUKAN TERKINI BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA:

  • Barisan Nasional (BN) - 21 kerusi
  • Pakatan Harapan (PH) - 5 kerusi
  • Perikatan Nasional (PN) - 2 kerusi

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

Berita Harian X